Euforia Bola 2026
Kerjaya

Pelajar UM Bangunkan Aplikasi ‘KelantanLingo’, Lebih Mudah Nak Faham & Belajar Dialek Kelantan

DIALEK KELANTAN

Pelajar dari Program Linguistik Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Nur Liyana, bersama pasukannya telah mencipta aplikasi yang dinamakan KelantanLingo untuk membantu orang ramai memahami dialek Kelantan.

Dialek Kelantan terkenal dengan keunikan dan identiti budayanya yang tersendiri. Namun, bagi sesetengah masyarakat luar, ia dianggap mencabar untuk difahami.

Baca juga: Tahniah! Fakulti Masscomm UiTM Dinobatkan No.1 Terbaik Di Malaysia & No.7 Di Asia

PELAJAR UM BUAT APLIKASI KELANTANLINGO UNTUK BELAJAR DIALEK KELANTAN

DIALEK KELANTAN

Aplikasi KelantanLingo ini direka khusus untuk semua peringkat usia sama ada yang ingin belajar dari asas atau memperkukuh kefahaman terhadap dialek Kelantan.

Nur Liyana menjelaskan bahawa KelantanLingo bukan sahaja dibangunkan sebagai projek akademik, tetapi juga sebagai usaha pemeliharaan warisan bahasa dan budaya tempatan yang semakin dilupakan.

Difahamkan juga Nur Liyana turut menyatakan hasratnya untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan selepas tamat pengajian, demi merealisasikan impian menjadi seorang guru.

“Nur Liyana dan pasukannya dari Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya telah menjalankan usaha yang cemerlang dalam membangunkan “KelantanLingo,” sebuah aplikasi pembelajaran interaktif khusus untuk dialek Kelantan.

“Aplikasi ini bertujuan untuk memudahkan orang ramai memahami dan menggunakan dialek tersebut. Melangkah ke hadapan, Nur Liyana merancang untuk menyambung pengajian dalam bidang pendidikan bagi menjadi seorang guru selepas tamat pengajian,” jelasnya menerusi Facebook.

KelantanLingo membuktikan bahawa warisan bahasa boleh dikekalkan melalui inovasi. Semoga usaha ini menjadi inspirasi kepada anak muda lain untuk terus mencintai dan memartabatkan bahasa ibunda melalui cara yang kreatif dan moden.

Baca juga: Ramai Lelaki Melayu Cari Jodoh Dekat Kemboja, Nak Nikah Kali Kedua Pun Mudah, Alamak!

Sumber: Facebook UG IFEST 2025

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×