Euforia Bola 2026
Famili

Kuih Apam Lambung Buat Sendiri Di Rumah, Sedap Berlemak & Puas Hati!

APAM LAMBUNG

Apam lambung atau dikenali sebagai apam telur merupakan hidangan popular di sekitar Thailand. Namun, kuih ini semakin diminati ramai di Malaysia kerana rata-rata restoran ada menjualnya.

Sekiranya anda ingin mencuba kesedapan kuih apam lambung ini, boleh cuba sahaja buat sendiri di rumah menggunakan resepi perkongsian Muliadi Ramli di bawah ini. Rugi kalau tak cuba!

Baca juga: Resepi Ikan Bilis Masak Asam Paling Sedap, Nasi Sepinggan Pasti Tak Cukup!

APAM LAMBUNG BUAT SENDIRI DI RUMAH, LEBIH SEDAP BERLEMAK

APAM LAMBUNG

Apam ini katanya asal negara Thailand tapi dari kecil lagi saya pernah dah makan. Dulu-dulu beli dekat pasar malam dan sekarang harga dah naik kerana telur mahal.

Bahan-bahan:

  • Tepung beras 3 cawan
  • Tepung ubi 3 sudu besar
  • Yis mauripan 2 sudu kecil
  • Garam secukup rasa
  • Gula 3/4 cwn (kalau suka manis letak lebih)
  • Pewarna kuning 1 sudu kecil
  • Perasa vanila 2 sudu kecil (untuk hilangkan hanyir telur)
  • Air 2 cawan
  • Telur 6 biji
  • Kelapa parut putih sahaja

Cara-cara penyediaan:

1. Campurkan tepung beras, yis, tepung ubi, garam dan gula.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau rata.

3. Tutup adunan dan biarkan selama 1 hingga 2 jam.

4. Selepas beberapa jam, masukkan pewarna kuning dan perasa vanila ke dalam adunan tadi.

5. Kacau sebati dan masukkan ke dalam satu bekas.

6. Anggaran dalam 1 1/2 cawan menggunakan 2 biji telur.

7. Kacau rata adunan dan telur tadi dan tuang ke dalam bekas acuan.

8. Pastikan anda sapu sedikit minyak di atas acuan agar tidak melekat.

9. Bakar menggunakan api perlahan sehingga keperangan. Terbalikkan dan bakar bahagian bawah pula supaya masak sekata.

10. Setelah masak, boleh dimakan bersama kelapa parut. Pastikan anda kukus kelapa dan letakkan sedikit garam untuk tahan lama.

Sedap dan sesuai dijadikan hidangan minum petang. Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Pau Kampung Kukus, Gebu & Elok Kejadiannya Jika Guna Tepung Ini

Sumber: Facebook Muliadi Ramli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×