Euforia Bola 2026
Nur

Netizen Puji & Sanjung Suami Tikam Skandal Jadi Hero, Tapi Islam Benarkan Ke ‘Honor Killing’ Ini?

honor killing

Honor killing jadi isu hangat ekoran satu kes di Seremban baru-baru ini. Seorang tukang masak, berusia 31 tahun, dituduh menikam mati seorang duda 28 tahun kerana dipercayai lelaki itu ada hubungan ‘skandal’ dengan isterinya.

Perbuatan skandal itu memang jelas salah dalam hukum agama. Tapi persoalan lebih besar yang timbul ialah adakah tindakan bunuh atas nama maruah atau honor killing boleh diterima dalam Islam? Inilah yang cuba dijelaskan menurut perkongsian Bahagian Dakwah JAKIM di Facebook.

Baca juga: Ramai Sokong Lelaki Tikam Skandal Isterinya, Peguam Kongsi Ada Cerai Li’an Jalan Sah Untuk Suami Pertahan Maruah!

HONOR KILLING DIAKUI ISLAM KE?

honor killing

Gambar Facebook Bahagian Dakwah JAKIM

Baca berita ini memang bercampur rasa. Ramai orang di komen siap bagi standing ovation dekat si suami itu, katanya dialah hero maruah. Apa yang dia buat itu adalah Honor Killing. Tapi betul ke hero kalau akhirnya masuk mahkamah?

1. “Tikam, baru selesai…” apa kata Islam?

Dalam drama, biasa nampak suami tangkap basah, terus bergaduh sampai ada yang kena tikam. Tapi dalam Islam, tak boleh ikut emosi.

Kalau ada kecurangan, kena ada empat saksi mata dan bukan sekadar gambar atau cerita WhatsApp. Kalau saksi tak cukup, ada jalan lain iaitu sumpah suami isteri (li’an) di hadapan hakim.

Maksudnya, Islam tak benarkan marah dijadikan alasan untuk tikam sesuka hati.

2. Bahaya bila nafsu jadi hakim

Kalau semua orang ambil undang-undang sendiri, mesti jadi huru-hara. Bayangkan suami cemburu tikam, isteri balas dendam racun, mertua masuk campur suruh bercerai.

Akhirnya, satu kampung penuh dengan cerita jenayah dan penceraian, bukannya cerita bahagia.

3. Honor Killing itu bukan Islam punya

Di luar negara, bunuh sebab maruah selalu dipanggil honor killing. Malangnya, ramai salah faham dan kaitkan dengan Islam.

Padahal, asal-usul hukuman ringan untuk honor killing datang dari undang-undang Perancis dan British.

Islam tetap jelas iaitu bunuh tanpa hak tetap dosa besar, tak kira sebab cemburu, marah atau maruah. Jadi, kalau ada orang kata Islam benarkan, itu salah sama sekali.

4. Dari pisau dapur jadi pisau ngeri

Balik pada kes tukang masak ini, memang tragis. Pisau dapur yang sepatutnya potong bawang atau daging, akhirnya meragut nyawa orang. Akibatnya?

  • Seorang mati muda
  • Seorang lagi bakal hidup bertahun-tahun dalam penjara
  • Dua-dua hidup musnah.

Kalau fikir balik, semua bermula dengan nafsu dan emosi yang tak dikawal.

5. Apa masyarakat boleh belajar?

honor killing

Gambar AI

  • Maruah ada cara halal untuk jaga – Bukan dengan tumpah darah. Kalau rumah tangga tak boleh diselamatkan, pilih jalan lain seperti kaunseling, mahkamah atau berpisah dengan cara elok.
  • Jangan jadi hakim sendiri – Masa marah, syaitan paling senang hasut. Kalau ikut emosi, akhirnya kita sendiri yang rugi.
  • Jangan bagi Islam dapat nama buruk – Kes macam ini selalu disalah tafsir. Media Islamophobia suka tuduh Islam benarkan keganasan. Sedangkan Islam ajar kita kawal diri, bukan ikut darah naik kepala.

Penutup

Kes ini memang pedih, tapi jadi pengajaran. Jangan jadikan cemburu alasan nak jadi “abang long maruah”.

Ingat, maruah sebenar bukan menang bertumbuk atau tikam orang, tapi menang lawan nafsu dan amarah diri sendiri. Kalau nak jadi hero, bukan hero pisau tapi hero sabar. Hal ini kerana, sabar itu jauh lebih kuat daripada tikaman.

Baca juga: Ustaz Cakap Sebaik-Baiknya Biar Isteri Mati Terlebih Dahulu Sebelum Suami, Sebabnya…

Sumber: Bahagian Dakwah JAKIM

Ft Image: BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×