Mulai 1 Julai 2025, penggunaan e-Invoice akan diwajibkan kepada semua usahawan di Malaysia sebagai sebahagian daripada inisiatif pendigitalan percukaian oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Apa itu e Invoice atau invois elektronik ini?
Ia bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan ketelusan transaksi perniagaan, tetapi juga membantu memperkemas proses pelaporan cukai. Bagi memastikan peralihan ini berjalan lancar, semua usahawan perlu membuat persediaan awal.
Baca juga: Jangan Terlepas! Ini Senarai Semak Pelepasan Cukai 2024 Yang Boleh Dituntut Tahun Ini
APA ITU E INVOICE YANG PENIAGA PERLU TAHU
Berikut merupakan 10 langkah penting yang perlu diambil untuk memastikan anda bersedia mematuhi keperluan e-Invoice dan mengelakkan sebarang masalah apabila sistem ini berkuat kuasa.

Foto: Freepik
1. Faham Apa Itu e-Invoice
• e-Invoice ialah invois elektronik yang dilaporkan dan disahkan kepada LHDN secara masa nyata.
• Semua jenis transaksi perniagaan termasuk B2B, B2C, dan eksport perlu menggunakan e-Invoice.
2. Daftar dan Aktifkan Akaun
MyInvois Portal:
• Layari laman https://myinvois.hasil.gov.my
• Login guna ID digital (e.g. MyTax ID atau e-Daftar)
• Sahkan profil perniagaan (ROC/ROB/LLP)
3. Tentukan Kaedah Penghantaran e-Invoice
Terdapat 2 kaedah:
1. Portal MyInvois (manual) – sesuai untuk usahawan mikro atau kecil.
2. API (automatik) – untuk usahawan yang gunakan sistem POS, ERP, atau accounting software (seperti SQL, AutoCount, Zoho, dll).
4. Semak dan Kemas Kini Maklumat Pelanggan
• Pastikan semua rekod pelanggan (nama, no. kad pengenalan/syarikat, emel, alamat) lengkap dan betul.
• Ini penting untuk validasi e-Invoice.
5. Sediakan Sistem Rekod Jualan Yang Teratur
• Guna sistem invois digital/automatik
• Pastikan sistem boleh menjana invois dengan maklumat yang diperlukan oleh LHDN seperti:
• Nama & no. ID pembeli
• Jenis & harga produk/perkhidmatan
• No. invois, tarikh, dan no. rujukan
6. Latih Kakitangan / Diri Sendiri
• Fahami proses menjana e-Invoice dan hantar ke MyInvois.
• Tahu cara semak status e-Invoice (disahkan, ditolak, dll).
7. Semak Kesan Kepada Proses Bisnes
• Kaji semula aliran kerja (sales flow, POS, issuing invoice).
• Pastikan semua invoice hanya dikeluarkan selepas pengesahan oleh LHDN.
8. Pantau Kewajipan Cukai
• Dengan e-Invoice, LHDN boleh kesan jualan sebenar.
• Pastikan anda lapor cukai dengan betul dan konsisten.
• Elakkan percanggahan antara jumlah dalam e-Invoice dan e-Filing.
9. Simpan Rekod e-Invoice Secara Teratur
• LHDN mewajibkan penyimpanan rekod selama 7 tahun.
10.Dapatkan Nasihat Profesional Jika Perlu
• Rujuk akauntan, tax agent, atau syarikat sistem accounting untuk bantuan setup.

Foto: Freepik
*Kerajaan memberi pengecualian pengeluaran e-Invois, kepada peniaga kecil yang mempunyai jualan tahunan bawah nilai ambang RM150,000, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Beliau berkata, langkah itu bakal memberi manfaat kepada lebih 700,000 peniaga kecil seperti peniaga nasi lemak atau penjaja.
Katanya, kerajaan juga bersetuju agar fasa pelaksanaan e-Invois bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang mempunyai nilai jualan tahunan antara RM150,000 hingga RM500,000 setahun, ditangguhkan kepada 1 Januari 2026.
Baca juga: Jangan Buat 4 Perkara Ini Semasa Isi e-Filing Kalau Tak Mahu Dihubungi LHDN, Boleh Cuak!
Sumber: Berita Harian, Wan Muhd Ali
