Euforia Bola 2026
Famili

Panik Dapat ‘Call’ Dari Cikgu Kata Anak Sakit, Sampai Sekolah Rupanya Bukan Anak Sendiri… Nama Je Sama!

anak tak sihat

Setiap ibu bapa pasti panik bila mendapat panggilan daripada pihak sekolah yang memaklumkan anak tak sihat. Itu yang berlaku kepada Noma Adsy, selepas mendapat panggilan dari cikgu yang memaklumkan anaknya, Adhwa, mengalami muntah-muntah.

Baca juga: Kakak-Kakak Jangan Pening, Ini Cadangan Padanan Warna Tudung Ikut 17 Tema Baju Raya! Mesti OOTD ‘On Point’

ANAK TAK SIHAT DI SEKOLAH, RUPANYA CIKGU SALAH CALL

ANAK TAK SIHAT

Freepik

Dalam perkongsian di laman Facebook, Noma menceritakan semula detik cemas yang berlaku dan tidak menyangka ada ‘plot twist’ sebenarnya.

“Terkejut tengah baring tiba-tiba dapat call dari cikgu sekolah yang kata Adhwa tak sihat, muntah-muntah. Pagi tadi dia sihat je… aku terus siap-siap, Adnin tengah tidur pun aku angkat hantar rumah wan dia, terus gerak pergi sekolah,” jelasnya.

Dia terus ke sekolah untuk mengambil anaknya. Namun, apabila sampai di kelas Adhwa di tingkat tiga dan menapak tangga yang agak tinggi, Noma terkejut melihat anaknya sedang bergurau dan ketawa bersama rakan-rakan, kelihatan seperti biasa.

Namun, apa yang mengejutkan Noma, anaknya ternyata sihat dan ceria, malah sedang bergelak ketawa bersama rakan-rakan di kelas. Si anak sendiri kelihatan hairan melihat ibunya hadir dan jelas Noma mula menyedari sesuatu tidak kena.

Rupa-rupanya, panggilan dari pihak sekolah itu adalah salah identiti. Anak kenalan Noma, Adhwa Mirza, yang sebenar-benar kurang sihat, sedang menunggu di pondok sekolah.

anak tak sihat

“Aku turun bawah nampak Adhwa Mirza yang tnggu dekat pondok tu. Rupa-rupanya cikgu memang salah orang. Yang tak sihat Adhwa Mirza.

“Kebetulan Adhwa Mirza anak kenalan, terus call mama dia bagitau nak bawa balik sekali sebab dah alang-alang sampai sekolah,” ujarnya menerusi perkongsian di Facebook.

Noma kemudian menghubungi ibu Adhwa Mirza dan bersetuju untuk membawa anak kenalan itu pulang sekali, memandangkan mereka sudah pun sampai ke sekolah.

Situasi seperti ini ternyata mengundang senyuman ramai, kerana ia bukan sahaja lucu tetapi juga mengingatkan ibu bapa supaya tenang dan pastikan maklumat tepat sebelum bertindak.

Baca juga: Nangis Tak Berlagu…Bangle Emas Bernilai Lebih RM12K Hilang Dalam Ribuan Bola Di Indoor Playground

Sumber: Facebook Noma Adsy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×