Anak sulung Amyza Aznan, Andre Mikhail yang sebelum ini berjuang melawan kanser paru-paru, telah menghembuskan nafas terakhir semalam.
Perkhabaran duka itu dikongsikan oleh Amyza sendiri menerusi Instagram Story miliknya. Dalam perkongsian itu, dia memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan arwah serta menghadiahkan bacaan al-Fatihah buat anak kesayangannya.
ANAK SULUNG AMYZA AZNAN MENINGGAL DUNIA

“Assalammualaikum dengan dukacita anak saya Andre Mikhail bin Khairil Izhar telah pulang ke negeri yang abadi, minta semua sedekahkan al-Fatihah kepada anak saya,” tulisnya.
Sebelum ini, Amyza beberapa kali memohon doa daripada orang ramai agar keadaan Andre yang sedang menerima rawatan di hospital kembali stabil.
Malah, dia turut bertanya kepada pengikutnya sekiranya ada cadangan rawatan alternatif yang berpotensi membantu merawat penyakit anaknya itu.
Menerusi perkongsian Adrian Adam, adik kepada Andre, dia memaklumkan bahawa solat jenazah akan dilakukan di Masjid Al Khairiah jam AU3 jam 10.30 pagi hari ini (24 Februari 2026).

Dalam luahan terdahulu, Amyza turut meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa diberi harapan yang tidak menjadi kenyataan sepanjang tempoh setahun rawatan, selain menyuarakan hasrat untuk membawa Andre keluar dari hospital.
Baca juga: Anak Diganggu Lelaki Tak Dikenali Ketika Di Masjid, Mula Dengan Soalan “Tandas Dekat Mana?”
Sumber: Instagram Amyza Adnan
