Pengorbanan seorang isteri melahirkan cahaya mata tidak diambil peduli oleh suami kerana dia mengambil keputusan untuk bercerai selepas mengetahui si anak Sindrom Down.
Menerusi luahan di aplikasi TikTok tersebut, difahamkan bahawa si suami sanggup melafazkan cerai terhadap isterinya selepas mengetahui keadaan anak mereka.
Baca juga: Lelaki Ini Dedah Terima Layanan Teruk Di Hospital Shah Alam? Dibiarkan Dengan Najis Selama 2 Jam!
ANAK SINDROM DOWN PUNCA ISTERI KENA CERAI, SUAMI TAK SUKA

Penat lelah isteri bertarung nyawa melahirkan anak ‘dibiarkan’ begitu sahaja kerana lebih mementingkan diri sendiri berbanding keluarga tersayang.
Lebih menyedihkan apabila lafaz cerai talak tiga itu dilakukan ketika isteri masih berada di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) di sebuah hospital.
“Saya ingat lagi masa itu, isteri kena cerai dengan suami talak tiga ketika berada di NICU. Ini semua kerana anak yang dilahirkan sindrom down,” tulisnya.
Menerusi posting tersebut, wanita lain turut meluahkan bahawa ada juga suami yang sanggup bercerai kerana anak mengalami masalah sumbing bibir atau cleft.
Sumbing bibir adalah keadaan di mana bibir atas bayi tidak bercantum sepenuhnya semasa pembentukan janin. Masalah ini boleh memberi kesan kepada penampilan fizikal, kesukaran menyusu, serta masalah pertuturan dan gigi apabila anak tersebut membesar.
“Masa bersalin anak sulung, ramai yang lahirkan anak cleft. Ada seorang ibu ketika itu, dia diceraikan sebelum keluar wad bersalin kerana anak mengalami masalah sumbing bibir,” ujarnya.
Bukan itu sahaja, isteri turut meluahkan dia menerima layanan dingin dan teruk daripada suami kerana dianggap mengada apabila mengadu kesakitan.
Pendedahan para wanita ini di TikTok sudah pastinya tular dan dibanjiri komen warganet. Rata-rata tidak menyangka dengan tindakan si suami yang sanggup melafazkan cerai hanya kerana dikurniakan anak sindrom down.
*Haih macam-macam kan? Tak salah pun nak hargai penat lelah si isteri.
Sumber: TikTok Srah
