Euforia Bola 2026
Inspirasi

Terima ‘Best Student’ Di Australia & Cium Tangan Pengetua Dengan Dua Tangan, Adab Anak Shuhada Shukri Dipuji

cium tangan

Video Humairah, 8, anak sulung kepada Shuhada Shukri yang merupakan bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, tular di Instagram kerana momen manisnya cium tangan pengetua dengan dua tangan, yang membuatkan ramai terharu melihat adabnya.

Anak itu dinobatkan sebagai Best Student di sekolah Melbourne, membanggakan ibu dengan pencapaian akademik, kokurikulum dan akhlaknya walaupun jauh di perantauan.

Baca juga: Ayah, Mom & Uncle Ezwan Sama-Sama Hantar Engku Aleesya Ke Oxford, Bersatu Hati & Komunikasi Matang Jadi Contoh!

SELAIN BIJAK, ADAB HUMAIRAH CIUM TANGAN PENGETUA RAIH PERHATIAN

cium tangan

Tangkap layar video dikongsikan Shuhada di Instagram.

Dalam video dimuat naik di akaun @shushukriii, Humairah kelihatan menerima pingat dan sijil sebagai pelajar terbaik. Namun, tindakan kecil tetapi penuh makna itu menarik perhatian ramai.

Di mana, cara Humairah menyalami pengetua dengan kedua-dua tangan sebelum mencium tangan pendidik tersebut memaparkan satu nilai adab yang tinggi sebagai anak Malaysia walaupun di negara orang.

Berkongsi reaksi, pengetua tersebut kelihatan tersentuh menerima salam dua tangan dan cium tangan daripada Humairah, detik mengharukan semua yang hadir.

“Psstt: Dia seorang saja salam principal dia dengan dua tangan dan cium tangan, dan pengetua dia pun macam “awwww”,” luah  Shuhada terkesan gembiraciu  dengan adab anaknya itu.

Shuhada meluahkan rasa bangga menyaksikan kejayaan anaknya. Dalam kapsyen yang sarat emosi, beliau mengakui bukan sahaja kagum dengan kecerdasan akademik Humairah, tetapi juga pekerti, akhlak dan senyuman yang disenangi ramai.

“The best student of JLC (1/78).

“Wahai anakku Humairah, ibu bangga dengan kamu, bangga dengan pencapaian akademik dan kokurikulum, dengan adab kamu, dengan senyuman dan akhlak kamu, IBU BANGGA DENGAN KAMU WAHAI ANAK. TAHNIAH!!” tulis Shuhada, menekankan bahawa Humairah berada di kedudukan teratas daripada 78 pelajar lain.

Bagi ibu tunggal ini, pencapaian anaknya adalah bukti usaha gigih dan didikan berasaskan nilai adab dan hormat sejak kecil.

Baca juga: Permaisuri Curi Tumpuan Beraksi Di Sukan SEA 2025, Termasuk 3 Keluarga Diraja Ini Menyerikan Temasya!

Di ruangan komen, warga maya membanjiri hantaran tersebut dengan ucapan tahniah dan pujian. Ramai menyatakan sebak dan kagum melihat seorang ibu tunggal berjaya mendidik anak sehingga cemerlang di negara asing.

Tindakan Humairah mengekalkan nilai hormat walaupun persekitaran sosial di Australia berbeza turut menarik pujian ramai. Tidak kurang yang memuji Shuhada kerana berjaya membina anak yang seimbang antara kecerdasan akademik dan akhlak.

Ada yang berseloroh bahawa guru di sana mungkin terkejut menerima cium tangan, tetapi ia menjadi bukti bahawa nilai adab masih hidup dalam jiwa anak Malaysia di perantauan.

Perjalanan keluarga ini bukan asing bagi pengikut media sosial. Pada Julai 2024, Shuhada berhijrah ke Melbourne bersama dua cahaya matanya selepas perceraian, namun perjalanan itu tidak menghalang perkembangan anak-anaknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

Baca juga: Ismail Sabri Di Usia 65 Berjaya Lulus Viva PhD, Dedah Strategi Malaysia Tangani COVID-19 Dalam Tesis!

Sumber: Instagram @shushukriii

FT Image: Instagram @shushukriii

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×