Kutu kepala merupakan sejenis parasit kecil yang hidup di kulit kepala manusia dan menghisap darah untuk terus hidup. Di mana, masalah ini sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak tetapi juga boleh menjangkiti sesiapa sahaja.
Jangkitan kutu rambut boleh menyebabkan kegatalan yang teruk selain rasa tidak selesa. Oleh itu, penting untuk mengenali tanda-tanda kemunculan kutu di kepala dan mengambil langkah yang sesuai untuk menghapuskannya.
Baca juga: Pesakit Kanser Kongsi Cara Rawat Penyakit Bawa Maut Ini Cara Semula Jadi, InsyaAllah Mujarab…
ANAK SHILA AMZAH ADA KUTU KEPALA, “KENA PANGGIL PEST CONTROL NI”

Sebagaimana baru-baru ini, perkongsian suami kepada Shila Amzah, Ubai di TikToknya berkenaan anak mereka yang dijangkiti kutu kepala.
Menerusi video berdurasi 2 minit yang dimuat naik oleh Ubai itu, dapat dilihat bahawa keadaan di rumah agak sedikit heboh apabila parasit berkenaan mula mengjangkiti diirinya.
Di dalam video itu, Ubai dan Shila menjelaskan bahawa kutu tersebut telah menjangkiti anak lelakinya ketika dia berada sekolah.
“Baru seminggu masuk sekolah dah ada kutu bro. Jangan gelak-gelak, ini bukan pencapaian hebat. Habis satu rumah kena kutu,” seloroh Ubai.
Sementara itu, Shila pula kelihatan sedang menyediakan ubat untuk kedua-dua mereka agar kutu tersebut dapat ‘dihapuskan.’
Kedua-dua mereka diminta untuk ke bilik air dan Shila mula menyapu ubat berkenaan di seluruh bahagian rambut. Dalam pada itu, Ubai sempat bergurau dengan anak tirinya mengenai hal ini.
“Sebabkan awak, kepala papa pun ada kutu. Mama nak kena botakkan rambut awak, sebab ada kutu,” katanya.
Si anak, Seth Uwais menjawab bahawa dia tidak mahu membotakkan kepala dan lebih memilih untuk berambut pendek sahaja.
“Saya tak ok kalau botak, saya suka rambut pendek.” ujarnya.
Setelah diletakkan ubat dan disikat beberapa kali, kutu kepala di Seth dan Ubai akhirnya hilang. Di perkongsian lain, Ubai kelihatan telah membawa Seth untuk memotong rambut.
Diharapkan si kecil tidak lagi berjangkit di sekolah.
Baca juga: Ibu Ini Pilih Hantar Anak Sekolah Antarabangsa Sebab, “Sekolah Kebangsaan Banyak Sangat Cuti…”
Sumber: TikTok Ubai Sha
