Salah seorang selebriti yang sering mendapat liputan meluas tentang kehidupannya bersama anak-anak adalah pelakon jelita, Rita Rudaini. Kecekalan ibu tunggal ini dalam menjaga anak-anaknya menjadi contoh malah turut menerima Anugerah Ibu Ikon 2024 baru-baru ini dan anak Rita Rudaini juga begitu cemerlang dalam pelajaran.
Namun perasaan gembira dan sedih itu bercampur apabila berdepan pengalaman mengurus dan menjaga anak sulungnya sepanjang mendapat rawatan di sebuah hospital swasta di ibu negara akibat patah tangan sekitar seminggu lalu.
Baca juga: Rita Rudaini Terima Anugerah IKON IBU 2024/2025, ‘Hadiah’ Manis Jaga Anak Kerana Allah SWT
ANAK RITA RUDAINI PATAH TANGAN, PATAH HATI BILA ORANG TANYA TENTANG INSURANS…

Paling terkesan di hati Rita itu apabila dia terpaksa menanggung sendiri kos perubatan Airit Rayyan Rizqin akibat masalah pelan insuran. Kata Rita atau nama sebenarnya, Rita Rudaini Mokhtar, 48 tahun, pelan insurans Ryan yang didaftarkan sejak kecil sudah tidak boleh digunakan kerana tamat tempoh selepas bapanya, Aidil Zafuan berhenti membuat pembayaran sejak 13 tahun lalu.
“Kos rawatan Ryan dari mula patah tangan sampailah buka simen, mommy tanggung sendiri bukan insurans. Sebelum ini Ryan ada insurans dari bayi tetapi mommy tidak pernah guna sebab mommy tak pegang.”
“Insurans tersebut rupa-rupanya sudah luput hampir 13 tahun sebab pembayarnya sudah berhenti membayar,” katanya menerusi hantaran Tiktok.
Bagaimanapun, ibu cekal itu pernah berusaha membuka akaun baharu tetapi gagal apabila Aidil yang juga pemain bola sepak negara itu enggan menurunkan tanda tangan bagi menutup akaun insurans lama.
“Sebelum ini mommy ada ambil yang lain tetapi dah luput semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) dan selepas itu mommy memutuskan nak buat baru. Dengan syarat akaun yang luput 13 tahun kena tutup dahulu. Malangnya, manusia yang buka akaun tersebut tidak mahu bagi kerjasama tanda tangan tutup akaun walaupun ‘tanda tangan tersebut percuma’.”
Menjengah ke ruangan komen, netizen memang kagum dengan kekuatan Rita menjaga dua orang anak lelaki malah kagum melihat didikan anak bujangnya yang tetap menunaikan solat walaupun terlantar sakit.
“Bagus ya, solat tidak tinggal walaupun dalam keadaan begitu. Anak soleh ibu dunia dan akhirat,” -netizen
“Bagusnya dalam sakit (tetap) jaga solat. Syurga buat mak dan anak-anak ini, insya-Allah,” -netizen

Diharapakan semoga Rita terus kuat dalam mendidik anak-anak yang akan membesar menjadi pelindungnya. Kuatnya anak-anak lelaki ini datang daripada ibu mereka!
@ritrud727Alhamdulillah…semuanya dah selamat..hampir seminggu mommy dan adik berumahtgga di PCMC…tkasih adik sacrifice sek dan aktiviti utk sama2 mommy jaga abg ryan….Mommy selalu pesan kt dorg,kita senang sama2 dan susah pon sama2..kita kena sentiasa ada utk masing2…tkasih pakngah dan makngah selalu ada utk kami..bwk ayam fav ryan n juna…tkasih jugk cgu HR ryan yg dtg dr jauh bwk coklat fav ryan…tkasih doctor Orthopaedics ryan ,Doctor Fairuz..the best doc ever…Tkasih nurses ward 5H 👍🏻..tkasih buat pcmc marketing services… KISAH.. Kos rawatan Ryan dr mula patah tangan sampai lah bukak plate,mommy tanggung sendiri ..bukan insuran…sblm ni ryan ada insurans dr bby tp Mommy xpernah guna sbb mommy xpegang…( insurans tu rupanya dah lapsed dh hampir 13thn sbb pembayarnya dah stop byr) sblm ni Mommy ada ambil yg lain tp dah lapsed masa PKP…lps tu mommy decide nak buat baru tp dgn syarat acc yg lapsed 13thn tu kena close dulu…malangnya manusia yg bukak acc tu xnak bg kerjasama utk sign close acc walaupon ‘tandatangan itu PERCUMA’ (walaupon ajen dah explain n nasihat manusia terbabit) …so xdpt lah mommy nk ambil insurans sama company dgn mommy dan adik…its okay Ryan 😌 ALLAH tu MAHA KAYA…dan mommy ambil insurans lain..tp Insyaallah mommy tetap beri yg terbaik utk kamu berdua…ALLAH maha baik..DIA permudahkan segalanya..ALLAH hadir kn ramai yg syg ryan dan adik 💐 tkasih atas doa2..♬ Kaulah Selalu Ada – Putri Ariani
Baca juga: Dah Kahwin Pun Bapa Masih Belikan Barang Dapur Penuh Baldi, Kasih Ayah Ini Buat Ramai Tersentuh
Sumber: Tiktok @ritrud727
