Seorang ibu hampir pengsan akibat terkejut dengan tindakan anak pesan lolipop sebanyak dua dozen dan dihantar terus di hadapan pintu rumah.
Ibu kepada budak lelaki itu memberitahu bahawa anaknya telah tersilap membuat pesanan atas talian ketika dia sedang sibuk menyediakan sarapan pagi.
Baca juga: Pemilik Kedai ‘Dessert’ Saman Adik-Beradik Bernilai RM1.5 Juta, Dakwa Dianiaya…
ANAK PESAN LOLIPOP SEBANYAK 70,000, IBU HAMPIR PENGSAN

Liam telah membuat pesanan sebanyak 30 kotak gula-gula Dum-Dum, yang dianggarkan mengandungi hampir 70,000 biji gula-gula.
“Saya benar-benar terkejut apabila melihat baki dalam akaun bank saya sikit dan negatif,” kata LaFavers.
Apabila LaFavers memeriksa penyata banknya, dia mendapati telah dicaj sebanyak AS$4,200 (kira-kira RM17,923) daripada Amazon.
Menurut LaFavers, Liam sebenarnya hanya berniat untuk menambah beberapa biji gula-gula ke dalam troli Amazon namun tanpa disedari dia telah menekan butang pesanan dan membeli semua gula-gula tersebut.
LaFavers segera menghubungi pihak Amazon untuk menyelesaikan perkara tersebut. Pihak syarikat memaklumkan bahawa dia perlu menolak penghantaran itu terlebih dahulu sebelum boleh mendapatkan semula wang bayaran tersebut.
Namun begitu, menurut LaFavers, timbul satu masalah apabila syarikat penghantaran tidak mengetuk pintu rumahnya yang terletak di bahagian belakang sebuah bangunan kondominium.
Jadi, si ibu tidak menyedari bahawa gula-gula tersebut telah dihantar sekali gus menyebabkan dia tidak dapat menolak penghantaran itu. Akibatnya, sebanyak 22 kotak gula-gula kekal berada di hadapan pintu rumahnya.
Dia akhirnya memutuskan untuk mendermakan gula-gula tersebut dan masih mempunyai lebihan kira-kira enam kotak lagi.
Jurucakap Amazon, Austin Stowe, pada 7 Mei menyatakan bahawa pihak syarikat telah bekerjasama dengan keluarga tersebut untuk menyelesaikan isu berkenaan.
Baca juga: Pelajar SM Sains Banting Meninggal Dunia, Dalam Perjalanan Ke Surau Untuk Solat Subuh
Sumber: USA TODAY
