Euforia Bola 2026
Inspirasi

Muhammad Izzuddin Usia 16, Cipta Sejarah Anak Orang Asli Pertama Hafiz Al-Quran, Bakar Semangat Orang Ramai!

anak orang asli

Muhammad Izzuddin Hasmadi, 16, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Tok Bachok, mencatatkan sejarah membanggakan apabila muncul sebagai anak Orang Asli pertama yang berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran di bawah program Ulul Albab.

Pelajar Tingkatan Empat daripada suku kaum Temiar, Pos Balar, Gua Musang ini menerima Anugerah Ibnu Qayyim selepas berusaha selama empat tahun menghafaz kitab suci tersebut. Kejayaan ini sekali gus menjadi inspirasi bukan sahaja kepada masyarakat Orang Asli, malah seluruh rakyat Malaysia.

Baca juga: [VIDEO] Baru Darjah 2 Tapi Jurus Tari Bagaikan Pendekar, Adrean Dinobatkan Johan Acara Silat!

ANAK ORANG ASLI PERTAMA HAFIZ AL-QURAN

anak orang asli

Gambar Hazelen Liana Kamarudin (Sinar Harian)

Menurut anak keenam daripada sembilan beradik itu, cabaran terbesar bukanlah menghafal al-Quran, sebaliknya istiqamah dalam mengingati ayat-ayat suci sepanjang hayat.

“Sepanjang proses ini saya elak makan benda masam dan makanan segera serta banyak meluangkan masa pada waktu malam untuk menghafal.

“Minat terhadap al-Quran timbul sejak berusia 11 tahun ketika belajar di SK Balar selepas menyertai tilawah. Alhamdulillah, hasil bimbingan guru di sana, minat kepada al-Quran semakin berputik,” katanya kepada pemberita pada Majlis Khatam Hafazan al-Quran Perdana SMK Agama Tok Bachok, Khamis.

Baca juga: Anak Pedalaman Sabah Cipta Sejarah Luar Biasa, Wakili Suara 2 Juta Pelajar Dunia Di Pentas Antarabangsa!

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengetua, Muhd Fadhli Jusoh; Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Program Adab dan Nilai Bahagian Pendidikan Islam, Mohamad Zaki Hamid; serta Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Datuk Azaha Berahim.

Muhammad Izzuddin berkata, ayahnya, Hasmadi Ghazali, 47, ibunya, Norsiah Along, 49, guru-guru serta rakan-rakan banyak memberi dorongan kepadanya sehingga membuatkan beliau enggan mengalah.

Malah, kesukaran untuk hadir ke sekolah dengan merempuh perjalanan lebih lima jam menaiki kereta meredah hutan dari Pos Balar ke Gua Musang, sebelum menyambung lagi empat jam ke Bachok, dijadikan motivasi untuk terus cemerlang.

Sementara itu, Hasmadi yang merupakan guru pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Seri Kelana, Selangor, berkata Muhammad Izzuddin adalah anak pertamanya yang bergelar hafiz al-Quran.

“Alhamdulillah saya dan ibunya bersyukur serta berterima kasih kepada semua guru dan ibu saudaranya yang banyak membantu urusan Muhammad Izzuddin sepanjang belajar di sini.

“Harapan kami agar dia dapat meneruskan usaha ini dan menjadi contoh serta pembakar semangat kepada anak Orang Asli lain,” katanya.

Beliau turut berkongsi bahawa beberapa anaknya kini berkhidmat sebagai penggerak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), tentera, polis, manakala dua masih menuntut di Universiti Islam Selangor, selebihnya di sekolah menengah dan rendah.

Baca juga: Sekolah Seri Puteri Cipta Kegemilangan Di Pentas Antarabangsa, Juara Festival Orkestra Dunia!

Sumber: Sinar Harian

FT Image: Hazelen Liana Kamarudin (Sinar Harian)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×