Euforia Bola 2026
Asuh

Dilahirkan Dengan Kelainan Tangan, Video Ayah Biarkan Anak OKU Menangis Ketika Makan Yogurt Undang Air Mata

MAKAN SENDIRI

Baru-baru ini, tular satu video yang menyentuh hati ramai di media sosial apabila memaparkan detik seorang kanak-kanak bernama Jose berusaha makan sendiri.

Dalam video tersebut, Jose kelihatan menangis kerana sukar untuk makan yogurt menggunakan sudu. Hal ini kerana, kanak-kanak itu mempunyai sedikit kelainan pada tangannya, menyebabkan dia menghadapi kesukaran untuk memegang sudu seperti kanak-kanak lain.

Baca juga: Hasrat Jemput Isteri Beli Baju Raya Tak Kesampaian, Suami Maut Dihempap Pokok Tumbang…

BUDAK OKU TAK ADA TANGAN MAKAN SENDIRI, GEMBIRA AKHIRNYA BERJAYA

MAKAN SENDIRI

Apa yang membuatkan situasi itu lebih menyentuh perasaan apabila bapanya yang berada di sebelah hanya memerhati tanpa membantu.

Walaupun Jose menangis dan kelihatan bergelut untuk menyuap makanan, bapanya tetap menahan diri daripada campur tangan. Dia membiarkan anaknya mencuba berkali-kali sehingga akhirnya Jose berjaya menyuap yogurt itu ke dalam mulutnya sendiri.

Detik itu akhirnya bertukar daripada air mata kepada senyuman kecil yang cukup bermakna. Rupa-rupanya, sejak bayi lagi Jose dilahirkan tanpa tangan yang sempurna. Keadaan itu menyebabkan banyak perkara yang dianggap mudah oleh orang lain menjadi cabaran besar buat dirinya.

Namun bagi bapanya, cabaran tersebut bukan alasan untuk terlalu memanjakan anaknya. Sebaliknya, dia memilih untuk mendidik Jose supaya belajar berdikari sejak kecil walaupun proses itu tidak mudah.

MAKAN SENDIRI

Bagi seorang ayah, melihat anak menangis di depan mata tentu bukan perkara yang mudah. Namun bapanya sedar bahawa kehidupan Jose pada masa hadapan mungkin tidak akan sentiasa ditemani ibu bapa.

Atas sebab itu, dia memilih untuk melatih anaknya supaya mampu melakukan perkara asas sendiri walaupun terpaksa melihat Jose menangis berkali-kali.

Pendekatan itu mungkin kelihatan tegas, tetapi sebenarnya lahir daripada rasa kasih sayang dan tanggungjawab seorang bapa yang mahu anaknya kuat menghadapi dunia.

Selepas beberapa kali mencuba, Jose akhirnya berjaya menyuap yogurt tersebut sendiri. Saat itu, wajahnya yang sebelum ini dipenuhi air mata bertukar kepada senyuman kecil yang penuh kepuasan. Walaupun suapan itu kelihatan kecil bagi orang lain, bagi Jose itu adalah satu kejayaan besar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kesley Sandes (@kezinhavrau)

Baca juga: Jangan Sesekali ‘Bersama’ Depan Anak Walau Si Kecil Tidur, Masuk Dalam Memori Anak Boleh Jadi Trauma!

Sumber: Instagram Kezinhavrau

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×