Euforia Bola 2026
Famili

Ibu Dakwa Anak Meninggal Dunia Akibat Influenza, Muntah Berulang Kali & Badan Kejang!

jangkitan influenza

Seorang murid Tahun Lima dari Sekolah Kebangsaan Durian Mas, Al‑Muktafi Billah Shah (AMBS) di Dungun dikatakan meninggal dunia akibat jangkitan influenza.

Mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Amsyar Farhan Mohd Noor, 11 tahun, anak bongsu daripada dua beradik, disahkan meninggal sekitar jam 1.40 pagi di Klinik Kesihatan AMBS.

Baca juga: Malaysia Akan Wajibkan Had Umur Akaun Media Sosial, Kanak-Kanak Bawah 13 Tahun Dilarang Daftar

AKIBAT JANGKITAN INFLUENZA, ANAK MENINGGAL DUNIA

JANGKITAN INFLUENZA

Menurut ibu mangsa, Normala Mohd Nor, anaknya mula menunjukkan tanda-tanda tidak sihat sejak pagi Selasa sebelum dibawa ke klinik swasta di Paka. Doktor turut melakukan ujian swab dan mengesahkan jangkitan influenza sebelum memberikan ubat antiviral.

Namun, selepas mengambil ubat, keadaannya semakin merosot. Pada malam itu dia muntah berulang kali dan setelah muntah kali ketiga, badannya tiba-tiba kejang. Si ibu segera membawanya ke Klinik Kesihatan AMBS sekitar jam 11 malam.

Walaupun pada awalnya suhu badannya tidak tinggi dan dia masih boleh bercakap dengan ayahnya, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 1.40 pagi.

JANGKITAN INFLUENZA

Freepik

Normala menyatakan bahawa jenazahnya awalnya dijadualkan dikebumikan pada jam 10 pagi Rabu, tetapi urusan itu ditangguhkan kerana kes memerlukan rujukan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk siasatan lanjut.

Jenazah kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk proses bedah siasat dan akan dikebumikan selepas solat Maghrib di tanah perkuburan Islam AMBS.

Dia menegaskan bahawa anaknya sebelum ini sihat dan tidak pernah menghidap penyakit kronik. Abang mangsa, Muhammad Aniq Farhan, 15 tahun, yang sedang belajar di asrama pula dilaporkan tidak menunjukkan sebarang gejala demam atau influenza.

Pihak Kesihatan Negeri Terengganu kini sedang menjalankan pemeriksaan lanjut untuk mengesahkan punca sebenar kematian dan mengambil langkah pencegahan susulan.

Baca juga: Lebih 10,000 Kes Perceraian Pasangan Islam Selangor, ‘Spark’ Hilang Kerana Kewangan…

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×