Euforia Bola 2026
Asuh

“Malam Itu Telah Ubah Segalanya” – Komen Ibu Ini Atasi Anak Memberontak Tarik Perhatian, Parents Lain Boleh Cuba

ANAK MEMBERONTAK

Dalam setiap rumah tangga, pasti ada satu fasa yang mencabar kesabaran ibu bapa terutamanya ketika anak memberontak. Ada yang memilih untuk diam, ada yang menangis tanpa suara dan ada juga yang akhirnya belajar untuk mendekati dengan cara yang lembut.

Baca juga: Kes Autisme Makin Meningkat Tapi Bukan Fenomena Baharu, Rasulullah Ada Sebut Dalam Hadis…

ANAK MEMBERONTAK KETIKA REMAJA, KOMEN IBU INI ‘WIN’

ANAK MEMBERONTAK

Begitulah kisah benar yang dikongsikan oleh seorang ibu dalam ruangan komen di media sosial. Tulisannya sederhana, tapi setiap baris sarat dengan pengajaran dan kasih sayang seorang ibu yang pernah berjuang menghadapi anak lelaki yang sedang mencari dirinya sendiri.

“Dulu anak aku sebiji macam ni. Baju dalam almari pun boleh bersepah satu bilik. Pernah sampai nak berhenti sekolah. Aku pun pernah ugut nak report polis sebab dah tak tahu nak buat macam mana. Tapi alhamdulillah… dia tak jadi berhenti,” jelasnya.

Kata ibu ini, dia bukan jenis yang pandai meluahkan masalah atau meminta bantuan orang lain. Semua dia simpan sendiri, sampai satu malam dada terasa terlalu sakit menahan perasaan.

“Malam tu aku nangis sungguh-sungguh masa tahajud. Aku bukan orang alim, solat puasa aku pun biasa-biasa je. Tapi aku doa, bukan minta anak aku berubah, aku cuma minta Allah bagi aku tenang dan reda dengan ujian ni,” ujarnya.

Keesokan harinya, sesuatu dalam dirinya berubah. Si ibu tidak marah-marah, lapang, tenang. Tanpa rancang, dia ajak anak lelakinya keluar minum teh berdua.

Dia sedar, anak remaja terutama lelaki bukan mudah dibentuk dengan kata-kata keras. Mereka ada ego, ada tekanan, ada perbandingan dengan kawan-kawan.

ANAK MEMBERONTAK

“Anak lelaki ni besar cabarannya. Kawan semua dah ada motor, ada barang baru. Kadang dia stress, nak berlumba-lumba. Tapi kita sebagai mak jangan berhenti ambil tahu.

“Kalau dia keluar, aku rajin WhatsApp. Tanya tengah buat apa. Kadang dia jawab kasar, tak apa. Aku balas juga, sebab aku nak dia tahu aku masih ada,” katanya.

Baginya, kehadiran itulah ubat paling mujarab, anak yang terlanjur keras hatinya, tak perlu dihukum. Cukup tahu bahawa mak tetap ambil tahu, tetap peduli.

Kisahnya menjadi peringatan lembut buat semua ibu bapa, anak yang sedang marah, degil dan memberontak bukan musuh, tapi jiwa yang sedang luka dan inginkan pelukan.

Baca juga: “Dia Suruh Aku Tukar”- Akibat Terpengaruh Ajakan Rakan Game Online, Remaja 15 Tahun Hampir Terpesong Akidah?

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×