Ramai ibu bapa mula risau bila melihat anak kurang cemerlang dalam akademik beranggapan itu merupakan penentu masa depan.
Namun, dunia sudah banyak berubah. Kejayaan bukan lagi milik mereka yang hanya cemerlang di atas kertas tetapi juga milik anak-anak yang ada kemahiran lain seperti di bawah ini.
Baca juga: 5 Tabiat Punca Anak Susah Tidur Malam, Ibu Ayah Jangan Buat Kalau Tak Nak Jadi ‘Mata Panda’!
ANAK KURANG CEMERLANG DALAM AKADEMIK? JANGAN RISAU

Sekiranya anak kurang cemerlang dalam akadamik, ibu ayah boleh terapkan mereka dengan kemahiran di bawah ini:
1. Kemahiran TVET
TVET adalah laluan yang yang melahirkan juruteknik, mekanik, tukang paip, tukang kayu, pembuat perabot, pendawai elektrik dan pelbagai lagi.
Malaysia sendiri perlukan ramai tenaga mahir seperti ini dan pendapatan lebih stabil sekiranya dilakukan dengan cara yang betul.
2. Industri makanan & minuman
Bidang industri makanan dan minuman ini luas kerana anak-anak boleh menjadi chef, pembuat bakeri, barista, pengusaha katering atau membuka gerai sendiri.
Dengan latihan atau kursus pendek, anak anda boleh mula bekerja di restoran atau hotel dan membuka perniagaan sendiri untuk menambah pendapatan.
3. Seni tangan & kraf
Seni kraf seperti membuat aksesori, kraftangan tradisional, hiasan rumah, sabun handmade, lilin wangi, dan lain-lain boleh diterapkan kepada anak yang kurang pandai dan dijual secara atas talian dan membuka kedai. Ini juga membantu melestarikan budaya dan memberi ruang untuk anak jadi usahawan kecil.

Jabatan Warisan Negara
4. Skil digital & kreatif
Walaupun anak tak cemerlang dalam akademik tetapi berminat dengan teknologi atau seni visual, mereka boleh belajar mengenai reka grafik, edit video, fotografi, animasi atau membuat kandungan media sosial.
Banyak kelas pendek, kursus online dan pensijilan industri (contohnya Adobe Certified Professional) yang boleh bantu anak menjadi pereka bebas (freelancer) atau bekerja di agensi kreatif.
5. Pemanduan & logistik
Lesen memandu GDL, PSV atau lesen kenderaan berat membolehkan anak bekerja sebagai pemandu lori, bas atau dalam syarikat logistik dan penghantaran.
Ini adalah bidang penting yang sentiasa ada permintaan, lebih-lebih lagi dengan e-dagang yang semakin berkembang.
6. Perniagaan kecil
Anak yang mempunyai bakat berniaga boleh mula dari kecil dengan menjual makanan ringan, servis cuci kereta, buka kiosk minuman dan menjual barang.
Dapat disimpulkan bahawa tidak semua masa depan bergantung pada akademik. Kadang-kadang tangan yang mahir, kreativiti atau skil praktikal boleh jadi punca rezeki lebih besar dan kepuasan kerja yang lebih tinggi.
Baca juga: Kes Rogol Di Sekolah Asrama Lelaki Makin Menjadi-Jadi, Ibu Kecewa Anak Pernah Jadi Mangsa!
Sumber: Public Health Malaysia
