Euforia Bola 2026
Famili

“Alahai Bertuahnya Anak…” Bantu Jual Kek Sampai Laku Habis Rupanya Secara Percuma, Si Ibu Terkedu Rugi 2 Hari

jual kek

Jual kek memang bukan kerja mudah, apatah lagi bila dilakukan dari rumah sambil menjaga anak-anak kecil. Itulah yang dilalui oleh seorang usahawan kek, Nurul Izzah Abdul Halim, 31, apabila berlaku insiden mencuit hati sehingga tular di media sosial.

Segalanya bermula pada Sabtu lalu. Setelah menyiapkan tempahan kek untuk dihantar ke vendor, urusan tersebut terpaksa ditangguhkan kerana cuaca buruk.

Baca juga: Bayi Tidur Maut Tertindih, Ibu Mengaku Cuai & Menangis Teresak Ketika Ditunjukkan Gambar Anaknya!

ANAK BANTU JUAL KEK SECARA PERCUMA

jual kek

“Siap sahaja kek, terus masukkan dalam kereta, tetapi saya cari kunci tidak jumpa-jumpa, sampai 30 minit baru dapat. Bila tengok angin kuat, saya yakin ribut nak datang, jadi saya tidak hantar,” katanya.

Selain itu, Izzah turut menyediakan manisan Dalgona Candy untuk dijual pada harga RM2 sebiji. Namun, dia sempat berpesan kepada anak agar menjual dengan harga RM1 sahaja kerana hasilnya tidak begitu menjadi.

Tanpa diduga, anaknya bukan sahaja tersilap menjual, malah memberikan kek tapak kuda yang sepatutnya berharga RM5 sebiji secara percuma kepada kawan-kawan.

“Hari ini anak tolong jual kek. Alhamdulillah, sold out. Tapi duit dapat? 0.. sebab dia bagi percuma dekat kawan-kawan tanpa pengetahuan ibu dia. Sakitnya, pedihnya. Sudahlah baru baik demam, baru mampu berniaga,” luah Izzah di Facebook.

Lebih menghiburkan, ada pula pelanggan yang kemudian datang bertanya, “Acik sini ada jual kek tapak kuda ke? Ingatkan seringgit sahaja.” Saat itulah Izzah baru sedar rupa-rupanya kek-keknya bukan sahaja dijual dengan harga salah, tetapi sebenarnya sudah diberikan percuma.

Baca juga: Tragedi Duka Selepas Cuti Penggal, Ibu Maut Kemalangan Semasa Hantar Anak 5 Tahun Ke Sekolah!

jual kek

Bagi sesetengah orang, kejadian itu disangka sekadar strategi pemasaran. Namun, Izzah menegaskan, “Ya, memang ini ‘marketing’. Kalau orang bisnes tidak bercerita apa yang berlaku, orang tidak pandang ‘post’ kami. Tapi nak minta simpati, itu memang tidak.”

Walaupun pada awalnya Izzah terasa hati kerana kerugian lebih RM100 hanya dalam masa dua hari, takdir Allah lebih manis.

“Selepas tular, ada seorang individu yang menghubungi saya dan membayar semua kek yang telah dijual anak secara percuma itu.

“Alhamdulillah, rezeki semua. Budak-budak dapat makan kek, saya dapat duit manakala individu berkenaan dapat pahala,” katanya yang berniaga kek di bawah jenama Izady Cake sejak hampir lima tahun lalu.

Izzah menutup kisahnya dengan penuh syukur, menyatakan lebihan hasil itu akan diinfaqkan.

“Ada lebihan duit daripada itu, insya-ALLAH saya akan infaqkan kek kepada rumah anak-anak yatim atau maahad tahfiz nanti,” ujarnya.

Baca juga: “Saya Hanya Lepas Pandang Sekejap…” Ibu Cerita Saat Cemas Anak Hampir Dilarikan Di Plaza Padang Besar

Sumber: Izzah Halim / Sinar Harian

FT Image: Izzah Halim / Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×