Euforia Bola 2026
Famili

Semangat ‘Setting’ Meja Jual Kapal Terbang Kertas Depan Rumah, Semangat Si Cilik Hazama & Hua Buat Jiran Tersenyum

KAPAL TERBANG KERTAS

Siapa sangka kapal terbang kertas yang biasanya menjadi permainan kanak-kanak boleh menjadi titik permulaan bagi Hazama dan Hua belajar berdikari. Dengan penuh semangat, mereka membuka ‘kedai’ kecil di halaman rumah untuk menjual ciptaan mereka kepada jiran dan rakan sebaya.

Baca juga: Ibu Kecewa Kantin Jual Mi Segera Di Hari Pertama Persekolahan, Anak Terus Makan

JUAL KAPAL TERBANG KERTAS DEPAN RUMAH, USAHAWAN CILIK VIRAL

KAPAL TERBANG KERTAS

“Dari malam tadi Hazama & Hua buat roket. Nak menjual katanya. Tengah-tengah malam siapa nak beli anak. So mommy janji esok pagi. So harini pagi-pagi dah bangun awal kejut mommy ..

“Semangat setting kedai depan rumah.. Hazama paling semangat jual roket kertas je pun tapi dia sangat yakin sebab dia enjoy main. So kawan-kawan dekat taman bandar senawang roger kalau nak datang, ada air ribena tau, ” kongsi ibu mereka, Bongsu Puteri.

Dengan penuh semangat, Hazama dan Hua segera menyiapkan ‘kedai’ kecil di hadapan rumah mereka. Walaupun hanya roket kertas, Hazama paling bersemangat kerana dia seronok bermain dan yakin dengan usahanya.

Jiran-jiran yang lalu-lalang di taman sekitar Bandar Senawang kelihatan turut terhibur dan menyokong usaha anak-anak itu. Beberapa orang jiran menjadi pembeli pertama, manakala ibu bapa lain turut dijemput untuk menyertai aktiviti ringan yang disediakan, termasuk minuman Ribena untuk menambah keseronokan.

“Seronok tengok mereka happy. Mommy rasa nak suruh Hazama belajar buat roket lagi supaya lebih padu. Terharu sangat dengan jiran-jiran yang supportive,” tambah Bongsu Puteri.

KAPAL TERBANG KERTAS

Selain menjual roket, Hazama juga bercadang untuk membuka sesi board game di “kedai” mereka, bagi menggalakkan kawan-kawan lain bermain dan belajar sambil berseronok.

Aktiviti ini bukan sahaja memupuk kreativiti anak-anak, tetapi juga mengeratkan silaturahim di kalangan komuniti taman perumahan.

Usaha kecil ini membuktikan bahawa dengan sokongan keluarga dan komuniti, anak-anak bukan sahaja dapat berseronok tetapi juga belajar tentang usaha, keyakinan diri dan kepuasan melihat hasil kerja sendiri dihargai.

Baca juga: Shah Alam Jadi Ibu Negeri PALING MAHAL Untuk Didiami, Kos Sara Hidup Paling Tinggi!

Sumber: Threads Bongsu Puteri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×