Euforia Bola 2026
Famili

2 Anak Lelaki Jep Sepahtu Diagnosis Autisme, “Anak Syurga Yang Akan Aku Jaga…”

anak jep sepahtu

Anak Jep Sepahtu disahkan menghidap autisme dan berita itu dikongsikan sendiri oleh pelawak terkenal itu menerusi laman media sosialnya.

Dalam hantaran tersebut, dapat dilihat Jep berkongsi foto bersama anak lelakinya bernama Khidir dan Abu Bakr menggunakan tanda pagar #anak syurga dan #autisme.

Baca juga: Bila Anak Tunjuk 5 Tanda Ini, Maknanya Dia Tengah ‘Stress’ Belajar! Ibu Ayah Tolong Jangan Biarkan

2 ANAK JEP SEPAHTU DISAHKAN AUTISME, “AKAN KU JAGA AMANAH INI”

anak jep sepahtu

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai, terutama dalam kalangan peminat dan rakan artis yang memberikan kata-kata semangat serta doa buat keluarga mereka.

Dalam satu hantaran di media sosial, Jep meluahkan rasa syukur dan berjanji akan menjaga serta memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya.

Jelasnya, ‘jawapan’ yang diterima itu dianggap sebagai hadiah ketika menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-40 tahun.

“Hari ini genap usiaku yang ke 40 tahun. Baru sahaja tadi aku mendapat hadiah yang membuat air mata aku tak berhenti mengalir. Syukur Alhamdulillah di atas pemberian ini.

Ternyata sangkaan baik ku selama beberapa tahun ini akan terus menjadi sangkaan baik sepanjang hidup. Akan aku jaga amanah ini dengan penuh rasa syukur, cinta, kasih dan sayang. Khidir dan Abu Bakr, seindah nama mu #anaksyurga #autism,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Hantaran itu pastinya dibanjiri komen warganet yang memberi sokongan kepada Jep dan Sari Yanti dalam menghadapi cabaran ini.

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman sama menyatakan bahawa membesarkan anak autisme bukan satu beban, tetapi satu perjalanan yang penuh kasih sayang dan pembelajaran.

“Selamat hari lahir abang Jep dan selamat hari raya juga buat abang sekeluarga. Tidak semua orang bertuah dikurniakan anak syurga. Semoga dipermudahkan segala urusan buat abang Jep dan kak Sari. Sentiasa bersangka baik, insyaAllah akan dipermudahkan segalanya,” komen pengguna media sosial.

Hasil perkahwinan Jep dan Sari, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Dariya Inara, 7, Muhammad Khidir, 5, dan Abu Bakr, 4.

Baca juga: Jangan ‘Give Up’ Hantar & Ambil Anak Balik Sekolah, Momen Paling Ibu Rindu Bila Anak Dah Besar

Sumber: Instagram Jep Sepahtu

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×