Euforia Bola 2026
Asuh

“Itu Kali Terakhir Saya Tengok Dia”- Ibu Kongsi Pemergian Anak, Jatuh Baby Bouncer Ketika Di Dapur

baby bouncer

Seorang ibu di laman TikToknya berkongsi kisah duka yang menyentuh hati apabila anak kecilnya, Baeim El Hamka Bin Hafizie, telah kembali ke rahmatullah selepas satu insiden tidak disangka melibatkan penggunaan baby bouncer di rumah.

Setelah lima bulan pemergian anak syurga mereka, ibu ini akhirnya terbuka hati untuk berkongsi apa yang sebenarnya berlaku, bukan untuk menagih simpati, tetapi sebagai satu peringatan ikhlas kepada semua ibu bapa tentang pentingnya aspek keselamatan anak-anak, walaupun dalam keadaan yang kita rasakan sudah cukup selamat.

Baca juga: Petua Dalaman Orang Tua Dulu-Dulu Agar Wanita Cepat ‘Berair’, Confirm Suami Tak Cari Lain!

ANAK MENINGGAL DUNIA SELEPAS JATUH DARI BABY BOUNCER DI RUMAH

BABY BOUNCER

Freepik (Sekadar gambar hiasan)

Menurut si ibu, pada hari kejadian, anaknya Baeim sedang tidur di dalam baby bouncer. Sementara itu, dia ke dapur sekejap untuk mengambil ubat kerana tidak sihat.

Dalam masa yang singkat itulah, si kecil terjaga dan cuba meniarap, lalu terjatuh mengiring dari bouncer. Bouncer tersebut tidak terbalik dan kepala anaknya terkena kotak tisu basah plastik, bukan lantai atau objek keras.

“Saya angkat dia, dia menangis kuat, tapi lepas dipujuk dia okay. Tak ada benjol, tak muntah, tak nampak apa-apa luar biasa. Letak dalam walker, dia main macam biasa keliling rumah,” jelasnya.

Ibu ini juga menjelaskan bahawa mereka tidak memakai tali pinggang keselamatan pada bouncer kerana sentiasa berada dekat dengan anak, dan bouncer diletakkan di atas tilam tebal untuk elakkan sakit belakang.

Namun, sekitar jam 6.30 petang, ketika anak mereka berada di rumah rakan penjaga, si ibu menerima panggilan mengatakan Baeim menangis kuat dan tiba-tiba menjadi kejang. Bayi itu segera dibawa ke klinik dan dirujuk ke hospital.

“Saya dah nak sampai tempat kerja masa itu, terus pusing balik ke hospital. Jalan jem. Menggigil saya drive. Sampai-sampai, doktor tengah CPR. Nadi dia tak ada masa sampai hospital…” luahnya.

Selepas 20 minit CPR, nadi Baeim kembali tetapi keadaannya sudah kritikal. Imbasan menunjukkan pendarahan di bahagian kanan kepala, tempat sama anak itu terjatuh sebelumnya.

Setelah dipindahkan ke hospital yang lebih besar, anak kecil itu bertarung nyawa selama lima hari sebelum menghembuskan nafas terakhir pada pagi Jumaat, 28 Mac 2025, hanya dua hari sebelum Aidilfitri.

Post-mortem mengesahkan ada darah beku di sebelah kanan otak, dipercayai kesan dari insiden jatuh tersebut. Kes seperti ini menunjukkan bahawa walaupun objek itu kelihatan tidak berbahaya namun ia boleh membawa risiko besar apabila melibatkan bayi dan kepala mereka yang masih rapuh.

Al-Fatihah.

Baca juga: Bayi Tak Dapat Diselamatkan, Ibu ‘Pergi’ 11 Jam Lepas Bersalin, “Terlalu Sukar Untuk Saya…”

Sumber: TikTok

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×