Euforia Bola 2026
Famili

Ibu Dakwa Anak Dibakar Oleh Rakan Ketika Bermain, Kini Cacat Kekal & Ingin Tuntut Keadilan!

mangsa kebakaran

Seorang ibu di laman Facebook meluahkan rasa kecewa dan terkilan kerana anaknya terpaksa menanggung derita selepas menjadi mangsa kebakaran yang dikatakan dilakukan dengan sengaja oleh rakan anaknya.

Menurut ibu mangsa, kejadian berlaku apabila seorang budak lelaki bermain api di longkang menggunakan petrol dalam botol yang dibeli sendiri. Tiba-tiba api menyambar kawasan sekitar, lalu terkena anaknya yang berada berhampiran.

Baca juga: Mak Ayah Beli Ubat Kencing Manis Senyap-Senyap Di TikTok, Dah Makan 13 Biji Tapi Lain Pula Jadi!

IBU DAKWA ANAK JADI MANGSA KEBAKARAN, KAWAN SENDIRI SABOTAJ

MANGSA KEBAKARAN

“Salah seorang budak di situ bermain api di dalam longkang sambil membawa botol berisi petrol – memang dia sendiri yang beli petrol itu. Tiba-tiba, budak itu menyimbah petrol dan api terus menyambar. Anak saya yang sedang bermain turut terkena api dan terbakar.

“Lebih menyedihkan, masa anak saya sedang terbaring kesakitan, ada seorang budak lain menolaknya dan budak yang sama menyimbah petrol sekali lagi, menyebabkan api naik lebih tinggi dan merebak dengan lebih cepat. Rambut, tangan, telinga, dan kaki anak saya semua terkena api,” jelas si ibu menerusi ruangan komen.

Mangsa hanya diselamatkan selepas pakciknya tiba dan memadamkan api menggunakan baju sendiri. Kini, mangsa telah menjalani tiga pembedahan dan mengalami kecacatan kekal pada kedua-dua kaki. Dia tidak mampu berjalan seperti biasa dan perlu rawatan mingguan di Hospital Ipoh.

MANGSA KEBAKARAN

Sehingga kini, tiada tindakan diambil. Kes seperti tergantung tanpa jawapan. Ibu ini hanya mahu keadilan untuk anaknya yang kini menanggung trauma dan kesakitan.

“Dah hampir 3 bulan lebih… anak saya dah jalani 3 kali pembedahan. Semoga Allah beri kesembuhan buat anak mama. Semoga rezeki kita juga dipermudahkan supaya mama boleh bekerja semula. Buat masa sekarang, kami perlu ke Hospital Ipoh setiap minggu.

“Fokus sekarang, nak sembuhkan adik dulu. Kaki dia dah teruk, kedua-duanya rosak. Jalan pun dah tak boleh, kaki dah cacat kekal disebabkan perbuatan orang yang aniaya,” luahnya kecewa.

Si ibu merayu agar orang ramai dapat bantu sebarkan kisah ini. Semoga pelaku akan bertanggungjawab dan anak ini mendapat pembelaan sewajarnya.

Baca juga: Tun Dr. Mahathir Cecah Usia 100 Tahun, Anak Sulung Syukur Masih Dapat Ketawa Bersama Ayah

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×