Euforia Bola 2026
Asuh

Tak Nak Anak Jadi Kasar, Ibu Ayah Kena Kurangkan Perangai Ini! Jangan Asyik Ulang Benda Sama

anak jadi kasar

Pernah tak ibu ayah terfikir kenapa makin hari anak jadi kasar dan melawan cakap? Rupa-rupanya masih ramai ibu ayah yang belum sedar, sikap mereka sendiri boleh menjadi punca.

Tanpa niat, tindakan harian yang dianggap ‘biasa’ rupanya meninggalkan kesan besar pada emosi anak. Kalau tak dibendung, si kecul boleh terbiasa dengan sikap kasar hingga bawa ke dewasa.

Baca juga: Konflik Antara Guru & Ibu Bapa: Siapa Sebenarnya Perlu ‘Dididik’ Bila Anak Dikasari Di Sekolah?

ANAK JADI KASAR SEBAB INI, IBU AYAH JANGAN ULANG DAH

ANAK JADI KASAR

Menerusi perkongsian di laman aplikasi Threads, Nadira Bukhori menjelaskan tindakan jerit dan marah secara melampu boleh menjejaskan emosi anak.

“Taknak anak jadi kasar? Kurangkan berkasar dengan dia, jerit tengking, marah melampau dan ugut-ugut anak. Hal ini kerana otak si anak kecil bukan belajar melalui arahan. Tetapi dengan apa yang dia lihat dan perhatikan.

“Kita jerit bila marah, tengking bila penat. Kita ugut bila hilang sabar. Otak anak sedang merekod cara beremosi. Tanpa sedar, anak sebenarnya sedang belajar semuanya,” jelasnya.

Jika dibiarkan berterusan, ia boleh menjejaskan perkembangan emosi, keyakinan diri, dan hubungan mereka dengan ibu bapa apabila dewasa nanti.

“Hari ini dia tunduk, esok-esok dia ikut cara yang sama dengan adik, kawan dan ibu bapa mereka sendiri. Bila memori emosi sudah didedahkan dengan kekasaran, tingkah laku kasar itu juga akan jadi mode utama dalam otak anak.

“Susah dah untuk kita rewire semula cara dia fikir dan rasa tetapi semua belum terlambat kan. Jadi, mulai hari ini anda boleh mula dengan lembutkan suara dan tenangkan tangan,” ujarnya.

Kesimpulannya, ibu ayah perlu rawat trauma yang mungkin anda cipta secara tak sengaja. Jadikan diri sendiri contoh yang terbaik untuk anak-anak ikut.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Anak Kena Tampar Dengan Cikgu Tapi Si Ayah ‘Balas’ Cara Matang, Tak Ada Guna Kekerasan!

Sumber: Threads nadirabukhori

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×