Tindakan dua orang anak kepada pelakon dan pelagak ngeri terkenal, Hairul Azreen, mencuri perhatian netizen apabila mereka dilihat berani mencuba aktiviti ‘free fall’ di sebuah taman permainan ekstrem.
Dalam video yang dimuat naik di media sosial, anak sulungnya, Yusuf Iskandar, tampil penuh yakin dan tenang ketika melompat dari platform tinggi tanpa sebarang keraguan.
Baca juga: Ibu Anak 5 Dedah Amalan Selepas Solat Subuh, Rutin Jadi Teratur & Anak Tak Meragam!
ANAK HAIRUL AZREEN DIPUJI, BERANI BUAT FREE FALL

Keberaniannya itu mendapat pujian ramai, malah ada yang mengatakan sifat beraninya jelas mewarisi semangat Hairul yang sering terlibat dalam aksi lasak.
Lebih menyentuh hati adalah aksi anak perempuannya, Alisa Aisyah, yang pada mulanya kelihatan takut dan menangis apabila tiba giliran untuk melompat.
Namun dengan pujukan lembut dan janji Hairul untuk membelikannya permainan sebagai ganjaran, Alisa akhirnya memberanikan diri dan berjaya melakukan lompatan tersebut.
Apa yang mencuri perhatian ramai adalah momen selepas Alisa lompat dari platform dengan selamat, Yusuf segera memeluk dan menenangkan adiknya, menunjukkan kasih sayang dan sokongan seorang abang yang sangat prihatin.

Netizen meluahkan rasa kagum dan terharu melihat keberanian dan keakraban adik-beradik ini dan rata-rata tidak menyangka Alisa mampu melakukannya.
“Yusuf memang abang yang penyayang. Sweet sangat bila dia peluk Alisa lepas lompat tu. Walaupun takut, Alisa cuba juga. Itu yang patut kita puji. Usaha dia luar biasa,” komen pengguna TikTok.
Hairul Azreen yang berkongsi video tersebut di akaun media sosialnya turut memuji dan bangga dengan keberanian kedua-dua anaknya itu.
“Daddy sangat bangga dengan korang berdua,” luahnya.
Baca juga: Kejut Anak Bangun Pagi Macam ‘Perang’? Cuba Teknik Psikologi Ini, Ibu Ayah Pun Lebih Tenang
Sumber: TikTok
