Euforia Bola 2026
Famili

Gelagat Anak Ernie Zakri Buat Kek Cawan Coklat Tarik Perhatian Warganet, “Geramnya Tengok Lala”

anak ernie zakri

Kanak-kanak sememangnya dikenali dengan keletah mereka yang comel dan menghiburkan. Setiap pergerakan dan gelagat sering kali menceriakan suasana seperti anak Ernie Zakri, Nur Khawla Soleha.

Video perkongsian di laman TikTok milik pelantun lagu Boneka itu memaparkan gelagat Khawla atau mesra dipanggil Lala yang sedang membuat kek coklat.

Baca juga: Waktu Terbaik Untuk Makan Buah Pisang, Kalau Salah ‘Timing’ Bacaan Gula Boleh Jadi Tinggi!

ANAK ERNIE ZAKRI TARIK PERHATIAN NETIZEN, “COMELNYA BUAT KEK”

ANAK ERNIE ZAKRI

“Hai semua, hari ini Lala nak buat kek cawan coklat. Ini bahan-bahannya guys, tepung coklat, coklat m&m, minyak masak, air kosong dan gula,” ujar Lala kepada warganet.

Dapat dilihat menerusi video berdurasi kurang satu minit, keletah Lala yang teruja untuk membuat kek cawan coklat tanpa menggunakan telur.

Lala yang berpakaian seperti chef itu kemudiannya mencampurkan semua bahan tersedia ke dalam cawan untuk dijadikan kek coklat.

Setelah itu, dia memasukkan kek cawan coklat tersebut ke dalam microwave untuk dimasak selama satu minit. Khawla kelihatan begitu teruja apabila kek coklatnya sudah siap untuk dimakan.

Video yang mendapat hampir 300 ribu tontonan itu pastinya dibanjiri komen warganet yang rata-rata terhibur dengan keletah anak Ernie Zakri dan Syamel.

“Geramnya tengok Lala ni memang comel dan pandai sanga buat kerja. Tak ada tumpah-tumpah pun. Gaya dia bercakap pun sama macam Ernie,” komen pengguna TikTok.

Untuk info, Ernie dan Syamel telah selamat bergelar suami isteri pada Mac 2021 dan dikurniakan Khawla Soleha yang dilahirkan pada 22 Februari 2022.

Baca juga: Berat Mata Memandang Keadaan Badan, Lebih Berat Lutut Nak Tampung!

Sumber: TikTok Ernie Zakri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×