Gara-gara enggan anak enggan mandi, bapa tiri menetak kepala anak tirinya yang berusia enam tahun. Mangsa, Muhammad Saputra Ginting, kini berada dalam keadaan parah di Hospital Casa Medika Panbil selepas mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan kesan lebam di tubuh.
Baca juga: Cikgu Hempas & Tikam Kepala Murid Sampai Ada 7 Tusukan, Gigil Badan Si Ayah Bila Tengok CCTV!
ANAK ENGGAN MANDI, BAPA TIRI TETAK KEPALA ANAK

Kejadian ini dilaporkan ketika ibu mangsa tiada di rumah dan suspek bekerja sebagai penyanyi jalanan. Pada hari kejadian, suspek mula berang dengan mangsa kerana tidak mengikut arahan untuk mandi.
Si bapa memukul mangsa dalam keadaan marah dengan menggunakan batang penyapu dan kemudiannya mencapai sebilah parang lalu menetak kepala kanak-kanak tersebut sehingga menyebabkan luka yang dalam dan berdarah.
Pihak polis Batam telah menahan lelaki berkenaan selepas menerima laporan daripada jiran yang mendengar tangisan mangsa.
Siasatan awal mendapati, kanak-kanak berkenaan telah lama menjadi mangsa penderaan fizikal namun kejadian kali ini adalah lebih serius kerana perlu dirawat dengan segera di hospital.
Kes ini sekali lagi menyedarkan masyarakat tentang isu penderaan kanak-kanak yang kian meruncing di Indonesia, terutamanya melibatkan keluarga tiri atau yang telah berpecah.
Pihak berkuasa sedang giat menjalankan siasatan lanjut, dan suspek kini berdepan tuduhan mencederakan kanak-kanak di bawah jagaan yang boleh membawa kepada hukuman berat.
Baca juga: Tular Video Pengetua Payung Pelajar Ketika Hujan, “Hebatnya, Rasa Macam Ayah Sendiri…”
Sumber: Sinar Harian
