Euforia Bola 2026
Famili

Dugaan Belum Berakhir, Anak Dipatuk Ular Kobra Ketika Tidur Kini Hadapi Pelbagai Komplikasi Kesihatan

anak dipatuk ular

Anak dipatuk ular merupakan antara mimpi ngeri yang paling ditakuti oleh setiap ibu bapa. Lebih menyayat hati apabila kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang tidur sehingga menyebabkan kanak-kanak berkenaan terpaksa bertarung nyawa dan menerima rawatan berpanjangan di hospital.

Dalam kejadian yang berlaku pada 15 Mei lalu, seorang kanak-kanak dikenali sebagai Ridzwan dilaporkan dipatuk seekor anak ular kobra pada bahagian muka ketika sedang tidur di rumahnya.

Baca juga: PERODUA Umum Penurunan 10% Kos Servis & Alat Ganti Bermula 19 Jun, Bantu Ringankan Beban

ANAK DIPATUK ULAR KETIKA SEDANG TIDUR?

ANAK DIPATUK ULAR

Menurut perkongsian yang tular di media sosial, Ridzwan terjaga daripada tidur selepas dipatuk reptilia berbisa itu.

Keadaan mukanya dilaporkan mula mengalami perubahan dan dia turut muntah beberapa kali sebelum bapanya bertindak segera membawanya mendapatkan rawatan di Hospital Gerik.

Menyedari keadaannya yang memerlukan rawatan lanjut, Ridzwan kemudian dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk mendapatkan rawatan pakar.

Selepas menerima rawatan intensif, keadaan racun dalam tubuh Ridzwan dilaporkan semakin terkawal dan menunjukkan perkembangan positif.

Walau bagaimanapun, ujian yang dihadapinya tidak berakhir di situ. Difahamkan, susu yang diberikan melalui tiub pemakanan secara tidak sengaja memasuki saluran pernafasan dan seterusnya ke paru-paru, menyebabkan komplikasi serius terhadap sistem pernafasannya.

Keadaan tersebut mengakibatkan kesukaran bernafas sebelum jantungnya dilaporkan terhenti selama kira-kira 15 minit.

ALAMI SAWAN & KEJANG BERULANG

ANAK DIPATUK ULAR

Sejak insiden itu, Ridzwan dilaporkan mengalami beberapa komplikasi kesihatan yang memerlukan pemantauan rapi oleh pasukan perubatan.

Antara masalah yang dihadapinya termasuk serangan sawan atau kejang yang berulang, gangguan pada fungsi paru-paru serta kesan terhadap fungsi otak akibat keadaan kritikal yang dialaminya.

Lebih menyentuh hati, kanak-kanak itu masih menerima rawatan di hospital walaupun sudah lebih sebulan berlalu sejak kejadian berkenaan berlaku.

Ujian yang dihadapi oleh Ridzwan dan keluarganya nyata bukan sesuatu yang mudah. Dalam sekelip mata, kehidupan mereka berubah apabila terpaksa berdepan pelbagai cabaran serta ketidakpastian mengenai tahap kesihatan anak kesayangan mereka.

Semoga adik Ridzwan terus diberikan kekuatan untuk menjalani rawatan dan dikurniakan kesembuhan sepenuhnya. Semoga juga seluruh ahli keluarganya dipermudahkan segala urusan serta terus tabah menghadapi dugaan yang berat ini.

Baca juga: Suami Buat Jadual KPI Bulanan Untuk Isteri, Warganet Kecam Layan Pasangan Macam Orang Gaji!

Sumber: TikTok Eone

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×