Euforia Bola 2026
Famili

Awalnya Ingat Hanya Sakit Bahu, Anak Amyza Aznan Disahkan Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3!

amyza aznan

Perkongsian terbaharu pelakon popular, Amyza Aznan di laman Instagramnya mengejutkan orang ramai. Hal ini kerana, anak sulungnya, Andre Mikhail Khairul berusia 22 tahun disahkan menghidap kanser paru-paru tahap 3!

Menurutnya, anaknya itu hanya mengalami gejala yang pada awalnya disangka hanya kekejangan otot.

Baca juga: ‘Bebaskan’ Diri Anda Dari 5 Jenis Makanan Ini Kalau Tak Mahu Sel Kanser Aktif Dalam Badan

INGATKAN SAKIT BAHU, ANAK AMYZA AZNAN DISAHKAN KANSER PARU-PARU TAHAP 3!

amyza aznan

Foto anak Amyza Aznan.

Menurut Amyza, Andre merupakan pelajar yang aktif bersukan dan pada mulanya mengadu sakit bahu. Lama-kelamaan, simptom yang dialami anaknya semakin membimbangkan apabila disusuli dengan demam dan batuk berpanjangan.

Tambahnya lagi, keadaan menjadi lebih merisaukan apabila anaknya mengalami kesukaran untuk tidur dalam keadaan baring kerana setiap kali berbuat demikian, anaknya akan diserang sesak nafas yang menyesakkan dada.

Sebagai seorang ibu, naluri yang sangat kuat membuatkan Amyza mengesyaki sesuatu yang lebih serius dan segera membawa anak bujangnya itu ke klinik bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Keputusan pemeriksaan akhirnya mengesahkan sesuatu apabila terdapat bendalir dalam paru-paru Andre, sekali gus membawa kepada dugaan yang lebih besar. Menerusi satu hantaran di Instagram, pelakon itu berkongsi detik hiba apabila anak bujangnya kini disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga.

“Anak saya Andre Mikhail setelah hampir 3 minggu (di hospital). Sekarang ini anak saya disahkan menghidap kanser paru-paru tahap 3. Air dari paru-paru dah masuk ke jantung. Paru-paru belah kanan dah collapse,” tulisnya.

PARU-PARU KANAN DAH ‘COLLAPSE’, ANDRE DILIHAT TENANG..

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @amyzaaznankaaia

Dalam perkongsian tersebut, kelihatan Amyza sedang mengisi borang kebenaran prosedur perubatan sambil menemani anaknya ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Ampang. Biarpun diuji dengan cabaran yang berat, Amyza kagum dengan ketabahan anaknya kerana Andre dilihat tenang meskipun hakikatnya bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi.

“Ketika ditolak ke ICU untuk prosedur dia sangat tenang dan semua jururawat pun cakap yang anak saya sangat kuat,” katanya.

Sebagai seorang ibu, Amyza tidak putus-putus berdoa agar anak kesayangannya diberikan kekuatan dan kesembuhan. Dalam pada itu, beliau turut berharap agar orang ramai dapat menitipkan doa buat Andre supaya dipermudahkan segala urusan dan kembali sihat seperti sediakala.

“Saya merayu tumpangkan doa dari semua untuk keajaiban kesembuhan anak soleh Andre mikhail,” titipnya.

Sebagai info, Amyza mendirikan rumah tangga bersama Khairil Idzhar Md Nazir pada 2004. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Andre Mikhail, Andrian Adam dan Ayden Andika.

*Didoakan semoga ibu dan anak ini mendapat kekuatan yang dicari dan diberikan kesembuhan..

Baca juga: Amalan Doa & Surah Untuk ‘Lawan’ Sel Kanser, InsyaAllah Kita Ikhtiar Cara Tradisional Pula

Sumber: Instagram @amyzaaznankaaia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×