Perkongsian Amar Baharin di media sosial baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila dia berkongsi momen anaknya yang bersungguh-sungguh ingin menunaikan puasa enam.
Menurut Amar, anaknya menunjukkan minat untuk berpuasa selepas melihat ahli keluarga lain melakukannya terlebih dahulu. Malah, anaknya sanggup menunggu hujung minggu semata-mata untuk turut sama berpuasa.
Baca juga: Anak Tantrum Terus Senyap Bila Dengar Nama ‘Jessica’, Pakar Terangkan Situasi Sebenar…
ANAK AMAR BAHARIN PUASA 6, JANGAN PAKSA TAPI TUNJUK

Amar turut menekankan bahawa dalam perkembangan kanak-kanak, anak-anak lebih cenderung meniru apa yang mereka lihat berbanding hanya mendengar nasihat semata-mata.
Tambahnya lagi, dia juga berkongsi tentang kelebihan puasa enam kepada anaknya, termasuk ganjaran besar yang dijanjikan.
“Gigih abang nak puasa 6… tengok family buat, dia pun nak buat. Siap tunggu weekend. Jangan suruh, tunjuk. Dalam child development, anak memang belajar dari apa dia nampak, bukan apa dia dengar.
“Kau buat… dia ikut cuma aku cerita la hadis kelebihan puasa 6 hari selepas puasa Ramadan… umpama puasa 1 tahun. Lagi tambah semangat dia,” jelasnya.

Perkongsian tersebut mendapat reaksi positif daripada warganet yang turut bersetuju bahawa contoh daripada ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk amalan anak-anak.
Ramai juga yang memuji pendekatan Amar yang dilihat santai tetapi berkesan dalam mendidik anak tentang nilai ibadah tanpa paksaan.
“Alhamdulillah,teruskan. InshaAllah handsome boy jadi anak yang soleh dan membanggakan ibu ayah ye. Aamiin,” komen pengguna media sosial.
Jelas, didikan melalui teladan bukan sahaja lebih mudah diterima, malah mampu memberi kesan jangka panjang dalam membentuk peribadi anak-anak.
Baca juga: Lukisan Remaja 13 Tahun Ini Buat Ramai Meremang, Dakwa Pernah Nampak Semua ‘Entiti’ Misteri Itu
Sumber: Threads Amar Baharin
