Sekiranya anda mempunyai anak aktif sukan, inilah masanya untuk memperkembangkan kemahiran mereka di peringkat lebih tinggi. Biarpun kemungkinan, sukan yang diminati anak adalah jenis sukan elit, yang tiada di sekolah biasa.
Jangan khuatir! Hal ini kerana, pertandingan sukan elit masih boleh disertai melalui info yang dikongsikan oleh Puan Rabiatul Adawiyah di bawah ini.
Baca juga: 70% Murid Tabika Pra-Tahfiz Seluruh Negara Kuasai Lebih 10 Surah, Pencapaian Memberangsangkan!
ANAK AKTIF SUKAN
Bahkan, penyertaan dalam sukan elit juga boleh mengumpul markah sekolah anak-anak di dalam sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum (PAJSK). Selagi, pertandingan sukan tersebut diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Baca juga: Idea Derma ‘Uniform’ Terpakai & Gantung Di Ampaian Sekolah Dipuji, Ada Yang Masih Bau Kedai!
Bagi korang yang anak aktif sukan, dah boleh mula hantar anak training (latihan) atau cari jurulatih mana-mana yang sesuai untuk masuk tournament (kejohanan).
Ini antara sukan yang bakal dipertandingkan. Jadi, korang pilihlah sendiri sukan mana anak minat.

Gambar Rabiatul Adawiyah: Ini bukanlah senarai keseluruhan, ia merupakan sebahagian sukan-sukan bakal dipertandingkan seperti dikeluarkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Manjung. Anda boleh buat carian mengikut negeri atau daerah masing-masing.
Mengenai sukan elit
Ada “sukan elite”, means korang kena hantar training sendiri, cari coach dan bayar semua sendiri.Cuma nanti bila nak lawan, daftar under nama sekolah. Faham?
Kalau sukan biasa itu, yaaa sekolah sediakan peralatan, jurulatih atau cikgu train sendiri macam bola sepak, bola jaring kan. Selalu sukan macam ini anak korang kena bersaing antara kawan sekolah untuk rebut slot.
Sukan elit ini biasa tak ramai yang ikut, contohnya golf dan gimnastik. Sekolah biasa tak ada sediakan jurulatih, jadi ibu bapa kena main peranan. Yang ini biasa terus layak join wakil sekolah dan daerah terus.
Macam sukan berenang pun senang, sebab tak semua sekolah banyak wakil. Anak boleh wakil sekolah dan wakil daerah terus tanpa pemilihan.
Tapi sekali lagi di ulang SEMUA KOS IBU AYAH TANGGUNG. Jadi, korang kena berusaha lebih untuk anak sertai sukan-sukan lain dari yang sekolah sediakan.
Baca juga: Tips Beli Kalkulator Untuk Anak Sekolah, Salah Satu Model CASIO Ini Paling Bagus Tunjuk Jalan Kira!
Sementara itu, di ruangan komen terdapat beberapa info berguna dikongsikan oleh seorang wanita dikenali sebagai Puan Shazana Mat Tahir.
Contoh surat pertandingan sukan yang diiktiraf KPM

Tujuan surat adalah sebagai bukti anak menyertai pertandingan luar bukan under KPM. Kiranya, surat yang menyatakan KPM iktiraf pertandingan ini.
Dengan surat ini, anak boleh dapat markah dalam PAJSK.
Jadi, sebelum masukkan anak dalam mana-mana pertandingan luar dari KPM, boleh tanya penganjur sama ada pertandingan tersebut ada pengiktirafan KPM atau tidak.
Tapi kalau anda tidak kisah mengenai markah PAJSK silakan masuk mana-mana pertandingan.
Contoh borang permakahan

Gambar: Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum (PAJSK)
Berikut merupakan borang permakahan yang anak boleh dapat apabila menyertai pertandingan. Boleh kumpul dan semak bila nak daftar sekolah menengah nanti.
Markah PAJSK ini dikira bila anak masuk darjah 4.
Baca juga: Cara Mudah Buat Sijil Guna Google Form, Lebih Pantas Kerja Cikgu Lepas Ini!
Sumber: Rabiatul Adawiyah
FT Image: Gemini AI / Perbadanan Stadium Malaysia
