Euforia Bola 2026
Famili

Hampir Kehilangan Anak Usia 10 Bulan Lemas Dalam Selimut, Ibu Terkejut Muka Jadi Biru Pucat & Tak Bersuara!

LEMAS DALAM SELIMUT

Pengalaman hampir kehilangan anak akibat kejadian lemas dalam selimut menjadi detik paling menggerunkan buat pasangan suami isteri ini malam Hari Raya kedua.

Menerusi perkongsian milik NurShahirahk, kejadian tersebut berlaku selepas dia dan suami pulang ke rumah sekitar jam 1 pagi usai menziarahi keluarga di rumah mentua. Keletihan seharian beraya menyebabkan mereka segera membersihkan diri, menunaikan solat dan terus berehat bersama anak.

Baca juga: Johan Hantar Anak Sendiri Ke Rumah Anak Yatim Gara-Gara Perangai Tak Suka ‘Share’ Barang

ANAK LEMAS DALAM SELIMUT, MUKA JADI BIRU PUCAT & TAK BERSUARA

LEMAS DALAM SELIMUT

Namun, sekitar jam 3 pagi, NurShahirahk tersedar daripada tidur selepas ada sentuhan tangan kecil di badannya. Detik itu bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dia mendapati bayinya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri, dengan wajah pucat kebiruan dan tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Dalam keadaan panik dan penuh emosi, dia segera mengangkat anaknya sambil menangis serta berdoa agar nyawa si kecil itu diselamatkan. Tanpa berlengah, pasangan tersebut terus membawa bayi berkenaan ke hospital kecemasan berhampiran.

“Saya menangis sekuat-kuatnya sambil berdoa. Saya dan suami terus pergi ke hospital kecemasan yang berdekatan. Bila dah sampai, anak saya ditahan dalam bilik red zone,” luahnya.

Setibanya di hospital, bayi itu segera diberikan rawatan rapi dan ditempatkan di zon merah bagi rawatan kecemasan. NurShahirahk mengakui perasaan ketika itu sukar digambarkan, hanya bergantung sepenuhnya kepada doa dan harapan.

lemas dalam selimut

“Alhamdulilah masih panjang umur anak saya, malaikat jaga. Sampai sekarang saya trauma takut nak guna kain selimut lagi dan setiap malam 2 jam sekali saya akan terjaga tengok anak tidur,” ujarnya.

Menurut NurShahirahk, insiden itu meninggalkan kesan trauma yang mendalam kepadanya sehingga kini. Dia mengakui berasa takut untuk menggunakan kain selimut dan sering terjaga setiap dua jam pada waktu malam semata-mata untuk memastikan anak-anaknya berada dalam keadaan selamat ketika tidur.

Perkongsian itu turut menjadi peringatan kepada ibu bapa agar lebih berwaspada terhadap keselamatan bayi, khususnya ketika waktu tidur, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Baca juga: Mahkamah Tinggi Tolak Rayuan Ibu Zayn Rayyan, Ismanira Terus Jalani Penjara 5 Tahun

Sumber: Instagram NurShahirahk

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×