Euforia Bola 2026
Nur

“Salute! Semoga Semua Amalan Diterima”- Wanita Kongsi Pengalaman Beriktikaf Di Masjid, Ada Yang Tidur Di Anak Tangga…

amalan iktikaf

Setiap Ramadan, amalan iktikaf menjadi peluang untuk mendekatkan diri dengan Allah, terutama pada malam-malam terakhir. Perkongsian daripada itsputerisofia di laman sosial menarik perhatian ramai apabila dia memuji pengorbanan wanita yang sanggup pergi iktikaf malam di masjid.

Baca juga: Pendakwah Tegur Trend ‘Couple Masjid Hopping’, Walaupun Niat Beribadah Tapi Ingat Yang Ketiga Itu Syaitan..

AMALAN IKTIKAF 10 MALAM TERAKHIR, WANITA INI TERTIDUR DI ANAK TANGGA

AMALAN IKTIKAF

Walaupun keadaannya agak sukar sehingga ada yang terpaksa tidur di anak tangga. Menurutnya, pengorbanan amalan iktikaf sebegini wajar dihargai kerana menunjukkan keikhlasan dan kesungguhan dalam beribadah.

“Saya cuma nak cakap, saya sangat salute dengan orang perempuan yang pergi iktikaf malam tadi di masjid sehingga ada yang tidur dekat anak tangga. Moga Allah menerima segala amal ibadah kita semua, mengganjari setiap pengorbanan dengan pahala yang besar, dan mengurniakan keberkatan dalam hidup,” tulisnya.

Perkongsian ini bukan sahaja mendapat perhatian ramai netizen, malah ramai yang meninggalkan komen memuji dedikasi para wanita tersebut.

“Subhanallah, semoga segala pengorbanan mereka diterima Allah. Malam tadi langit sangat cantik dan tenang,” komen salah seorang pengguna media sosial.

Amalan yang sangat dituntut

AMALAN IKTIKAF

Amalan iktikaf, walaupun ringkas dan memerlukan pengorbanan, memberi kesempatan untuk refleksi diri, doa dan ibadah lebih dekat dengan Allah  terutamanya dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.

Perkongsian ini menjadi inspirasi kepada ramai untuk menghargai usaha dan pengorbanan orang lain serta memberi semangat kepada diri sendiri untuk lebih tekun dalam ibadah sepanjang bulan Ramadan.

Kata al-Imam al-Nawawi Rahimahullah, hukum beriktikaf adalah sunnah mu’akkadah (yang sangat dituntut). Ianya disunatkan pada keseluruhan waktu manakala pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadaan lebih dituntut.

Iktikaf mempunyai rukun-rukunnya yang tersendiri. Keseluruhan rukun tersebut adalah empat yang berikut:

  • Mu’takif (orang yang melakukan iktikaf)
  • Masjid
  • Niat
  • Menetap

Ambillah peluang sepuluh hari terakhir bulan Ramadan untuk memperbanyakkan ibadah dalam usaha kita mencari malam Lailatul Qadar. Semoga bermanfaat buat anda semua..

Baca juga: Petua Orang Dulu Elak Makhluk ‘Tumpang’ Bila Bawa Daging Mentah Waktu Malam, Kena Letak Daun Ini!

Sumber: Threads Itsputerisofia & Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×