Euforia Bola 2026
40 Minggu

Wanita Kecewa Salah Pasang IUCD Sampai Tembus Rahim! Doktor Sahkan Tak Boleh Bersalin Normal Seumur Hidup

ALAT PERANCANG HAMIL IUCD

Seorang wanita dikenali sebagai Damia Asyiqin meluahkan pengalaman pahit yang terpaksa ditanggung seumur hidup akibat kecuaian dalam prosedur pemasangan alat perancang hamil IUCD.

Prosedur yang sepatutnya dilakukan secara selamat di fasiliti kesihatan itu akhirnya mengubah perjalanan hidupnya akibat kesilapan perubatan.

Baca juga: Ramai Ibu Ayah Tak Tahu! Cara Letak Tag Nama Dalam Group WhatsApp Kelas Anak, Cikgu Lebih Mudah Kenal

ALAT PERANCANG HAMIL IUCD SALAH PASANG SAMPAI TEMBUS RAHIM

ALAT PERANCANG HAMIL IUCD

Menurut mangsa, kejadian bermula pada 19 Disember 2025 apabila dia hadir ke sebuah klinik kesihatan di Pontian bagi menjalani prosedur pemasangan IUCD seperti tarikh yang telah ditetapkan oleh seorang doktor gred UD10.

Sebelum prosedur dijalankan, imbasan rahim dibuat dan disahkan berada dalam keadaan baik tanpa sebarang masalah.

Namun, segalanya berubah ketika proses pemasangan dilakukan kerana Damia mengalami kesakitan yang amat teruk sehingga terasa seperti perutnya “terkoyak”, namun aduannya dianggap normal oleh doktor bertugas. Kesakitan tersebut berterusan sehingga dia tidak mampu bangun sendiri.

Selepas pemasangan, satu imbasan lanjut dilakukan bagi memastikan kedudukan IUCD, sebelum doktor memaklumkan terdapat kelainan yang mencurigakan.

Mangsa kemudian diarahkan menjalani pemeriksaan sinar-X. Keputusan pemeriksaan tersebut mengesahkan IUCD itu telah dipasang secara salah dan menembusi dinding rahim.

“Pergi hospital untuk jumpa pakar dan pakar decide untuk buang IUCD yang salah pasang itu perlu buat operation tebuk perut dan belah perut. Padahal saya baru habis pantang anak baru 2 bulan,” luahnya kecewa.

Mangsa memaklumkan proses mendapatkan tarikh pembedahan juga memeritkan apabila beliau terpaksa menunggu dari jam 7 pagi hingga 2 petang sebelum diberikan tarikh untuk serah diri. Pembedahan dilakukan pada hari yang sama, bermula sekitar jam 4 petang dan hanya selesai sekitar jam 11 malam sebelum beliau dipindahkan ke wad.

ALAT PERANCANG HAMIL IUCD

Saat sedar daripada pembedahan, mangsa menerima berita yang amat mengejutkan. Menurut doktor pakar, rahimnya mengalami kebocoran dan dia tidak lagi boleh melahirkan anak secara normal sepanjang hayat. Selain itu, apendiksnya didapati pecah, manakala usus kecil dan usus besar turut mengalami kecederaan dan telah dijahit semula semasa pembedahan.

“Terus gelap dunia. Saya tak tahu nak cakap apa. Semua ini berlaku bukan kerana kesilapan saya, tetapi akibat kecuaian orang lain,” katanya.

Damia terpaksa dirawat selama lima hari empat malam di wad bagi pemantauan rapi. Walaupun dibenarkan pulang, kesan fizikal dan trauma emosi yang ditanggung disifatkan sebagai luka paling ngeri dalam hidupnya.

Berikutan kejadian tersebut, mangsa menyatakan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang demi menuntut keadilan atas kecuaian dan kecacatan fizikal yang dialaminya, selain mempertahankan hak serta kesihatan emosinya.

Dia berharap kisah ini menjadi peringatan serius kepada semua pihak agar aspek keselamatan, kepakaran dan tanggungjawab dalam rawatan perubatan tidak dipandang ringan, kerana satu kesilapan boleh merubah kehidupan seseorang untuk selama-lamanya.

Baca juga: Akhirnya Ada Tangisan Bayi! Pasangan IVF Tajaan Yayasan Tunku Azizah Bergelar Ibu Bapa Selepas 15 Tahun

Sumber: Facebook Damia Asyiqin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×