Euforia Bola 2026
Asuh

Belajar Tak Semestinya Dengan Buku, 6 Aktiviti Ini Bantu Anak Jadi Lebih Cemerlang & Bijak!

AKTIVITI UNTUK ANAK

Aktiviti untuk anak di luar akademik memainkan peranan penting dalam membentuk perkembangan mereka. Selain memberi ruang si kecil berehat daripada rutin pembelajaran formal, aktiviti alternatif ini membantu merangsang kemahiran fizikal, emosi, sosial dan kognitif mereka.

Ibu bapa kini semakin sedar bahawa perkembangan anak bukan sekadar diukur melalui pencapaian akademik, tetapi melalui keseimbangan aktiviti harian yang menyokong tumbesaran secara holistik.

Baca juga: Ibu Terapkan Gentle Parenting Didik Anak Autistik, Dari Speech Delay Terus Fasih British!

AKTIVITI UNTUK ANAK TAK LIBATKAN AKADEMIK, LEBIH PANDAI

AKTIVITI UNTUK ANAK

Freepik

Berikut antara contoh aktiviti untuk anak tidak melibatkan akademik:

1. Aktiviti seni dan kreativiti

Seni merupakan medium efektif untuk anak mengekspresikan emosi serta membina keyakinan diri. Melalui aktiviti seperti melukis, mewarna, origami atau kraf tangan, anak dapat memupuk daya imaginasi dan kreativiti.

Aktiviti ini juga mengasah kemahiran motor halus serta membantu anak belajar membuat keputusan apabila memilih warna, bentuk atau bahan.

2. Muzik dan persembahan

Aktiviti untuk anak tanpa melibatkan akademik selanjutnya adalah muzik dan persembahan. Mendekatkan si kecil dengan muzik, sama ada melalui nyanyian, alat muzik atau tarian, mampu meningkatkan daya tumpuan serta kecerdasan emosi.

Aktiviti ini melatih koordinasi, ritma dan kawalan pergerakan. Dalam masa yang sama, pendedahan kepada persembahan membantu anak menjadi lebih berani tampil di hadapan orang dan mengurangkan rasa malu atau takut.

3. Aktiviti fizikal dan sukan ringan

Pergerakan fizikal amat penting dalam perkembangan otot, tulang dan stamina anak. Aktiviti seperti berbasikal, berenang, bermain bola atau sekadar berlari di taman membantu meningkatkan kesihatan serta mengurangkan stres.

4. Aktiviti untuk anak – eksplorasi alam semula jadi

Meluangkan masa di luar rumah memberi peluang kepada anak untuk memerhati, bertanya dan meneroka. Aktiviti seperti berkhemah, memancing, mendaki bukit atau sekadar berjalan di taman membina rasa ingin tahu dan kesedaran terhadap persekitaran.

AKTIVITI UNTUK ANAK

Freepik

5. Permainan berstruktur dan tidak berstruktur

Permainan tradisional, permainan papan atau aktiviti membina seperti blok lego boleh dijadikan aktiviti untuk anak membantu mengasah kemahiran berfikir secara kritis.

Dalam masa yang sama, permainan bebas yang tidak berstruktur memberi ruang kepada anak mencipta dunia imaginasi mereka sendiri. Kedua-dua jenis permainan ini penting dalam melatih fleksibiliti minda serta membina kemahiran menyelesaikan masalah.

6. Aktiviti kesukarelawanan kanak-kanak

Mendedahkan anak kepada aktiviti sukarela seperti membantu komuniti, mengutip sampah di taman atau menyertai program kebajikan dapat menanam nilai empati sejak kecil. Anak belajar memahami keperluan orang lain dan mengembangkan sifat tanggungjawab sosial yang jarang diperoleh melalui pembelajaran formal.

Aktiviti alternatif ini bukan sekadar mengisi masa lapang, tetapi merupakan pelaburan untuk masa depan anak. Dengan keseimbangan antara akademik dan aktiviti luar kelas, kanak-kanak berpeluang membesar sebagai individu yang lebih seimbang, yakin dan matang dalam mengurus kehidupan.

Baca juga: “Jaga Anak Autism Memang Ujian Sepanjang Hayat” Ibu Dedah Realiti Sebenar Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: Braingymjr & WebMD

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×