Terdapat banyak aktiviti bersama anak yang boleh dilakukan di rumah secara santai bagi mendalami kemahiran kesediaan sekolah si manja. Tidak perlu aktiviti yang sukar kerana duduk sahaja bersama anak pun masih boleh dijalankan.
Sebagaimana perkongsian dari OT Puan Mahfuzah Zainol mengenai 6 perkara santai ibu bapa boleh uji anak di rumah untuk kemahiran kesediaan sekolah. Hanya makan masa 10 ke 15 minit untuk ibu bapa luangkan masa bersama anak-anak setiap hari di rumah.
Baca juga: Risau Tersalah Didik Anak? Ikut 4 Tahap Ini Dari Umur Bayi Hingga Remaja, Baru Anak Mendengar Kata!
AKTIVITI BERSAMA ANAK

Ini tips ringkas daripada saya sebagai ahli terapi cara kerja dalam pendidikan kanak-kanak dan pendidikan khas. Nak buat benda macam ini mudah sahaja sebenarnya jika kita anggap mudah.
10 ke 15 minit boleh diluangkan masa dengan anak-anak setiap hari dan yang penting konsisten. Selamat mencuba. Jumpa lagi dalam tips akan datang.
From your handwriting specialist with love.
6 PERKARA SANTAI IBU BAPA BOLEH UJI ANAK DI RUMAH UNTUK SCHOOL READINESS SKILLS
1. TANYA NAMA OBJEK
Tanya mereka nama-nama objek yang selalu mereka lihat di rumah dan luar rumah. Naming the object begitu.
Kalau nak guna gambar pun boleh. Asalkan kita uji kemahiran mereka menamakan objek yang biasa dilihat. Objek yang biasa dilihat adalah meaningful. Jadi tak perlu tanya nama objek pelik-pelik.
2. TANYA NAMA WARNA
Ini juga boleh lakukan secara santai di rumah. “Warna baju abah pakai ni warna apa?” “Apa warna kereta kita?” atau “Hmmm..cuba teka rumput tu warna apa?”
Fokus kepada warna mudah-mudah dulu. Tak perlu tanya warna sukar seperti:
- Lilac
- Royal blue
- Dusty pink
- Denim blue
- Emerald
- Maroon
- Peach
dan sebagainya.
Jammed otak dia, yang tu warna tudung mak-mak pakai untuk raya yang nak dekat ni. Bapak-bapak pun boleh jammed otak dengar nama warna tu. Kalau tak mahu pening, beli lah satu warna tudung ke baju ke. Eh.

3. AKTIVITI MEWARNA OBJEK
Kalau di tahun 1, memang banyak disediakan aktiviti mewarna ini. Antara fokus utama bila kita suruh anak mewarna ialah memenuhi ruang dan tidak keluar garisan sempadan objek. Tengok yang itu dulu sebab penting.
Ada satu posting khas berkenaan kemahiran mewarna ini ya. Banyak nak terangkan. Boleh rujuk posting saya sebelum-sebelum ini atau beli sahaja buku kemahiran mewarna saya. Ada dijual di pasaran dalam talian.
4. PEGANGAN PENSEL
Paling penting pegangan pensel sudah capai tripod (tiga jari) atau quadrupod (empat jari). Nak tahu jenis-jenis pegangan pensel lain?
Ada dalam posting-posting saya sebelum ini. Boleh cari. Atau nak beli buku pun boleh. Lebih terperinci saya terangkan berserta gambar.
5. MELIHAT DAN NAMAKAN BENTUK

Bentuk-bentuk ini juga penting sebab kenal bentuk ada termasuk dalam semua mata pelajaran teras seperti Matematik, Bahasa Melayu, English dan Sains. Bentuk juga kita selalu guna dan lihat dalam kehidupan harian, oleh itu ia sangat meaningful kepada kanak-kanak.
6. MENIRU DAN MENYALIN BENTUK & GARISAN
Ya, ia adalah perkara asas dalam pra tulisan tangan. Sebelum ajar kanak-kanak menulis huruf atau nombor, ajarlah mereka melukis garisan dan bentuk terlebih dahulu.
Mulakan daripada garisan lurus, bentuk yang mudah seperti bulat, segi empat sama, segitiga dan seterusnya. Melukis bentuk sangat meaningful bagi kanak-kanak kerana ia asas kepada penulisan huruf dan nombor.
Sumber: Facebook Mahfuzah Zainol
