Aktivis Rohingya, Noor Azizah kini menjadi perhatian rakyat Malaysia, selepas video ucapannya ketika dalam satu majlis di sebuah universiti di Australia kembali tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi warga maya.
Ramai mempersoalkan kenyataannya yang menyentuh isu pelarian Rohingya di negara ini, malah ada yang menyifatkannya sebagai tidak menghargai bantuan serta perlindungan yang pernah diberikan Malaysia.
AKTIVIS ROHINGYA NOOR AZIZAH KRITIK MALAYSIA DIKECAM TERUK
Kalau anda masih keliru tentang apa sebenarnya berlaku, ini kronologi ringkas isu yang sedang hangat diperkatakan.
1. Ucapan Noor Azizah kembali tular di media sosial
Menerusi video berdurasi sekitar satu minit 18 saat yang tular di platform Threads, Noor Azizah yang juga peneriman anugerah ‘Marie Claire Women of the Year’ bagi kategori ‘Voice of Now’ 2025 di Australia dilihat menyentuh tentang nasib komuniti Rohingya di beberapa negara serantau termasuk Malaysia, Indonesia dan Thailand ketika berucap di Australia.
2. Dakwaan tentang kanak-kanak Rohingya di Malaysia jadi tumpuan
Dalam ucapan berkenaan, Noor Azizah mendakwa lebih 2,000 kanak-kanak Rohingya di Malaysia ditempatkan di pusat tahanan imigresen dan membesar “di sebalik jeriji besi” berbanding berada di bilik darjah.
“Selepas kami melarikan diri dari Myanmar, keganasan terus mengekori kami. Anda mungkin mengenali Malaysia, Indonesia dan Thailand sebagai destinasi percutian untuk anda dan keluarga
“Di Malaysia hari ini, lebih 2,000 kanak-kanak Rohingya dikurung di pusat tahanan imigresen, membesar di sebalik jeriji besi dan bukannya di dalam bilik darjah,” katanya dalam ucapan berkenaan.
Noor Azizah turut menyentuh cabaran dihadapi komuniti Rohingya di Indonesia termasuk isu kebencian di media sosial, selain dakwaan eksploitasi pemerdagangan manusia di Thailand.
Baca juga: Indonesia Sedia Hantar 15,000 Jururawat Untuk Bantu Atasi Krisis Kekurangan Staf Kesihatan Negara

Gambar Instagram: @noor.azizah.rohingya (kiri), @marieclaireau (kanan)
3. Netizen Malaysia persoal kenyataan di pentas antarabangsa
Ucapan itu bagaimanapun mengundang kecaman sebahagian pengguna media sosial yang berpendapat Noor Azizah sepatutnya lebih memberi fokus kepada konflik dan penindasan etnik Rohingya di Myanmar sebagai punca utama krisis pelarian.
Ada juga yang mempersoalkan tindakan mengkritik Malaysia di pentas antarabangsa memandangkan negara ini antara destinasi perlindungan komuniti Rohingya sejak bertahun-tahun.
4. Akaun media sosial kini bertukar mod ‘private’
Dalam perkembangan sama, penulis yang meninjau akaun Instagram Noor Azizah dan mendapati telah ditukar kepada mod private selepas menerima kecaman susulan video tersebut menjadi tular.
Lihat siaran ini di Instagram
Sumber: Harian Metro
FT Image: Instagram @rohingyawomencollaborative

