Euforia Bola 2026
Nur

Ketahui AKAD Yang Tepat Pinjam Barang Dalam Islam, Walaupun Hanya Sebatang Pen!

meminjam barang

“Ina nak pinjam pen kejap, dah sudah saya pulangkan semula,” itulah antara ayat yang sering digunakan ketika meminjam barang milik orang lain, termasuklah sebatang pen. Namun, bagi sesetengah orang istilah ‘pinjam’ dalam situasi tersebut mungkin kurang tepat kerana dakwat pen akan berkurangan setelah digunakan.

Ketua Penolong Mufti (Bahagian Penyelidikan), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Syed Shahridzan Syed Mohamed menjelaskan, penggunaan sesuatu barang boleh dikira sebagai ‘akad pinjaman’ jika zat asal (ain) barang itu masih kekal dan tidak berubah sifat asalnya selepas digunakan.

Baca juga: Dr Ahmad Sanusi Tegur Video Artis & Pelajar Joget Di Sekolah, “Jangan Cemar Hari Raya Dengan Dosa”

meminjam barang

Gambar dari Facebook Syed Shahridzan: Tangkap layar kenyataan dari seorang individu yang dirahsiakan identitinya berkenaan akad meminjam barang yang dikatakan perlu lafaz ‘guna’ bukannya ‘pinjam’.

“Oleh yang demikian, penggunaan pen milik orang lain harus menggunakan ‘akad pinjam’ dan hukum pinjaman di sini adalah sah,” tulisnya menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya.

Kemudian beliau memetik pandangan Imam Ibn Hajar al-Haitami dalam kitab Tuḥfat al-Muḥtāj yang berkata,

“(Dengan kekalnya ain barang itu), maka tidak sah meminjamkan sesuatu seperti lilin untuk dibakar atau makanan untuk dimakan, kerana manfaat kedua-duanya hanya diperoleh melalui penggunaannya sehingga habis (musnah).

“Oleh itu, sah meminjamkannya jika digunakan untuk perhiasan sahaja, seperti duit syiling.

“Apa yang dimaksudkan dengan pinjaman oleh seseorang yang meminjam semata-mata untuk mendapat manfaat adalah perkara yang banyak, maka ia tidak menafikan si peminjam itu juga boleh mendapat manfaat daripada zat barang yang dipinjam seperti meminjamkan kambing atau pokok atau perigi untuk mengambil susu, anak, buah atau airnya;

“atau jika seseorang mengizinkan penggunaan barang-barang ini, maka itu juga mengandungi unsur peminjaman terhadap zat asalnya. Ini kerana, asal dalam urusan ini ialah peminjaman terhadap ain (objek) barang, manakala manfaat-manfaat yang diperoleh hanyalah melalui jalan keizinan sebagai perkara ikutannya (sampingan).”

Baca juga: Panduan Cari Barang Hilang Di Masjidil Haram & Masjid Nabawi, Hari Ini Hilang Esok Dah Jumpa!

Berdasarkan kenyataan di atas, seseorang yang meminta izin untuk menggunakan pen milik orang lain dengan akad pinjam tidak menjadi masalah dari sudut hukum syarak, meskipun diketahui dakwat pen tersebut akan berkurangan.

Hal ini kerana, penggunaan pen tersebut secara tidak langsung melibatkan peminjam mengambil manfaat daripada ain (zat) barang tersebut.

“Untuk lebih jelas, dakwat tidak dapat dimanfaatkan tanpa kewujudan batang pen itu sendiri. Oleh itu, unsur peminjaman terhadap barang (pen) berlaku dalam situasi ini.

“Alasan lain yang mengharuskan akad pinjaman ialah kerana zat (ain) barang yang dipinjam tidak mengalami perubahan. Sebagai contoh, apabila seseorang meminjam sebatang pen, pen tersebut akan dipulangkan dalam keadaan bentuk dan sifatnya tidak berubah atau berkurangan selepas digunakan,” terangnya lagi.

Baca juga: 5 Doa Untuk Tarik Ramai Pembeli Datang Semasa Menjual, Membuak-Buak Rezeki!

Bahkan,  ujar pendakwah itu lagi, ada sebab lain yang membolehkan akad pinjaman dalam situasi tersebut.

“Menurut uruf (adat kebiasaan), pemilik barang mengizinkan penggunaan manfaat daripada barang tersebut.

“Hukum asal bagi barangan yang kekal zatnya ialah akad pinjaman, manakala manfaat yang diperoleh daripadanya dikira sebagai perkara sampingan (yang mengikut),” jelasnya lagi.

Namun begitu, terdapat barangan yang tidak boleh dimanfaatkan melalui akad pinjaman.

Antaranya adalah barang-barang yang musnah atau berkurangan ainnya selepas digunakan seperti lilin, minyak dan makanan. Dalam kes sebegini, akad yang sesuai digunakan ialah akad hibah (pemberian), hadiah atau sedekah.

Maka beringatlah, walaupun sekecil-kecil benda seperti sebatang pen pun, dalam Islam ada hukumnya.

Ia mungkin nampak remeh, tetapi sebenarnya membuktikan kesempurnaan syariat Islam itu sendiri yang merangkumi semua aspek kehidupan termasuk dalam bab meminjam pen.

Baca juga: 5 Posisi Hubungan Intim Yang HARAM Dalam Islam, Niat Romantis Tapi Sebenarnya Salah!

Sumber: Facebook Syed Shahridzan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×