Bagi ibu bapa yang ingin ajar anak mewarna dengan betul, ada satu ‘rahsia’ anda perlu tahu agar si anak mewarna dengan teknik betul. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi ia juga boleh membantu perkembangan kreativiti dan kemahiran motor halus mereka.
Menerusi perkongsian Mahfuzah Zainol di laman Facebook, dia menjelaskan bahawa pemilihan saiz gambar memainkan peranan penting ketika ajar anak mewarna.
Baca juga: Konten ‘Padu’ Di TikTok Ini Buat Anak CEPAT PANDAI Bahasa Inggeris, Tak Bosan Tengok!
AJAR ANAK MEWARNA KENA GUNA GAMBAR KECIL ATAU BESAR?

Jelasnya, hampir 90% guru di sekolah memberikan gambar besar dalam slot aktiviti mewarna di sekolah kerana beberapa faktor yang diambil kira.
Kalau nak ajar mewarna, kena guna gambar yang besar ke gambar kecik?
“Gambar besar”
Hampir 90% guru-guru menjawab mereka menggunakan gambar besar dalam slot aktiviti mewarna di sekolah. Sebenarnya, kemahiran mewarna adalah untuk mereka belajar fokus.
Implikasi guna gambar besar:
1. Murid lebih kepada menconteng keseluruhan gambar.
2. Cepat penat.
3. Lepas itu dah tak nak mewarna lagi.
Implikasi guna gambar lebih kecil:
1. Murid lebih fokus kepada satu objek yang hendak diwarna.
2. Cepat siap.
3. Teruja nak mewarna objek lain pula.
Jadi, sekiranya ibu ayah ingin ajar anak mewarna, boleh cuba mulakan dengan bentuk kecil terlebih dahulu sebelum memilih bentuk besar. Kedua-duanya mempunyai perbezaan kepada anak.
Baca juga: Ibu Ayah, Didik Anak Macam Ini Rupanya KESILAPAN Besar! Tolong Jangan Buat Dah…
Sumber: Facebook Mahfuzah Zainol
