Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik, terutamanya ingin anak mudah belajar kerana kejayaan bukan sahaja mencerminkan usaha mereka sendiri, tetapi juga menjadi kebanggaan serta harapan masa depan keluarga.
Jadi, bagi memastikan anak mudah belajar dalam segala aspek, ibu ayah boleh sediakan air minuman ini dengan membaca surah yang disarankan.
Baca juga: Bagi Si Kecil Sarapan Macam Ini Mungkin Boleh Jadi Punca Anak Sakit 20 Tahun Lagi, Elakkan!
NAK ANAK MUDAH BELAJAR? BUAT AIR MINUMAN INI DI RUMAH
Cara-caranya:
1. Surah al-Fatihah (sebanyak 7 kali)

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdu lillahi rabbil ‘alamin. Ar-Rahmanir-Rahim. Maliki yawmi-d-din. Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in. Ihdinas-siratal mustaqim. Siratal ladhina an’amta ‘alaihim ghayril-maghdubi ‘alaihim walad-dallin.
2. Selawat ( 7 Kali)

Allahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad
Maksudnya: Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
3. Subhanallah (44 kali)
4. Alhamdulillah (44 kali)
5. Ya Hayyu Ya Qayyum (44 kali)
Kemudian, teruskan dengan membaca ayat ini:
Ya Allah, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Rahman, Ya Latif, Ya Jabar, Ya Khaliq. Ya Allah permudahkan anakku, (sebut nam) di dalam urusannya menimba ilmu di atas seruan dan perintahMu. Tenangkan hatinya untuk menimba ilmu-Mu, lapangkanlah jiwanya untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah dirinya dengan rahmat-Mu. Amin..
Dengan memberikan sokongan dari aspek pemakanan, emosi, dan persekitaran yang kondusif, usaha ini akan membuatkan anak mudah belajar. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Anak Kena Tampar Dengan Cikgu Tapi Si Ayah ‘Balas’ Cara Matang, Tak Ada Guna Kekerasan!
Sumber: TikTok Dwietiti
