Euforia Bola 2026
Asuh

Anak 4 Tahun Alami Kencing Berdarah & Muka Jadi Gelap, Makanan & Minuman Berwarna Jadi Punca

air kencing berdarah

Satu perkongsian di laman Facebook telah menarik perhatian ramai, apabila seorang pengguna media sosial mendedahkan kisah menyedihkan yang berlaku kepada kanak-kanak berusia 4 tahun iaitu air kencing berdarah.

Menurut perkongsian tersebut, air kencing si kecil kelihatan bercampur darah, wajah kelihatan bengkak dan sedikit kehitaman, di mana jelas menunjukkan seseuatu yang tidak kena.

Baca juga: “Itu Kali Terakhir Saya Tengok Dia”- Ibu Kongsi Pemergian Anak, Jatuh Baby Bouncer Ketika Di Dapur

BUDAK 4 TAHUN ALAMI AIR KENCING BERDARAH, PUNCA KERANA MAKAN JAJAN

AIR KENCING BERDARAH

“Sedikit cerita pagi ini, air kencing anak umur 4 tahun bercampur darah, muka terlihat bengkak cenderung hitam, ini peringatan bagi kita semua sebagai orang tua tolong berhenti berikan anak-anak minuman atau jajanan yang berperisa atau berwarna,” jelasnya.

Perkongsian ini mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, ramai yang turut berkongsi pengalaman sama, serta menyatakan kebimbangan terhadap lambakan makanan ringan, minuman manis, serta snek berwarna-warni yang mudah didapati dan sering dipasarkan secara agresif kepada kanak-kanak.

Umum mengetahui bahawa pakar kesihatan sebelum ini sudah memberi amaran tentang bahaya pewarna tiruan, perasa tambahan, serta bahan pengawet yang terkandung dalam makanan dan minuman ringan terutamanya yang dijual secara komersial tanpa kawalan ketat.

AIR KENCING BERDARAH

Antara kesan sampingan yang boleh berlaku akibat pengambilan berlebihan bahan kimia ini termasuk:

  • Masalah buah pinggang dan hati
  • Alahan
  • Gangguan sistem imun
  • Perubahan tingkah laku (hyperaktif)
  • Keracunan atau kegagalan organ

Diharapkan perkongsian mengenai kisah air kencing berdarah ini dapat membuka mata ibu bapa di luar sana dan berhenti memberi makanan tidak berkhasiat kepada si kecil anda.

Sebagai ibu bapa yang sayangkan generasi masa depan, jadilah lebih peka terhadap apa yang anda berikan kepada anak-anak.

Baca juga: Ibu Tegur Budaya Bagi Goodies Makanan Di Taska, “Kalau Nak Bagi, Biar Berkualiti & Selamat”

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×