Dalam era digital yang serba pantas ini, penggunaan aplikasi AI slide pembentangan semakin popular dalam kalangan guru, pelajar dan usahawan untuk mudahkan kerja mereka. Tak perlu lagi buang masa fikir design atau susun isi satu-satu.
Hal ini kerana, dengan bantuan AI, slide boleh siap dalam masa beberapa minit sahaja dengan hasil yang kemas, menarik dan terus boleh guna. Dalam perkongsian kali ini, penulis senaraikan 14 alat AI yang memang berguna untuk bantu anda buat slide pembentangan dengan cepat dan mudah.
Baca juga: Malang Memang Tak Berbau, Tapi Ada Teknik Paling Berkesan Elak Kemalangan Motor!
14 AI SLIDE PEMBENTANGAN
Menerusi catitan terbaru seorang usahawan yang dikenali sebagai Wan Muhd Ali di hantaran Facebook, terdapat 14 senarai AI khas untuk slide pembentangan yang boleh dimanfaatkan untuk kegunaan para guru, pelajar dan usahawan yang sering menggunakan medium itu.
“Para guru, pelajar dan usahawan yang selalu buat slide pembentangan, jangan bazir masa lagi design slide itu. Guna AI, sekejap sahaja siap. Bawah ini ada 14 senarai AI khas untuk slide pembentangan.” tulisnya.
1. Canva
- Fungsi: “Magic Design” untuk hasilkan slide automatik, “Text to Presentation”, dan “Magic Write” untuk bantu tulis isi kandungan.
- Kos: Percuma (akses asas); Canva Pro RM29.90/bulan.
- Link: https://www.canva.com/
2. Visme AI Slide Generator
- Fungsi: Masukkan teks atau link laman web, AI hasilkan slide dengan grafik, imej dan reka bentuk.
- Kos: Percuma (10 kredit AI); pelan Pro dari $12/bulan.
- Link: https://www.visme.co/ai-slide-generator/
3. Slides AI (Add-on untuk Google Slides)
- Fungsi: Masukkan topik, AI hasilkan 10 slide automatik dalam Google Slides.
- Kos: Percuma; pelan Pro dari $10/bulan.
- Link: https://slidesai.io/
4. Tome
- Fungsi: Tukar teks kepada pembentangan interaktif dengan reka bentuk moden dan imej automatik.
- Kos: Percuma (500 kredit AI); pelan Pro dari $8/bulan.
- Link: https://tome.app/
5. Gamma
- Fungsi: Masukkan arahan atau idea, AI hasilkan pembentangan lengkap dengan grafik & eksport ke PDF/PowerPoint.
- Kos: Percuma; pelan Pro dari $15/bulan.
- Link: https://gamma.app/
6. Prezi
- Fungsi: Buat pembentangan interaktif yang tidak linear, sangat sesuai untuk storytelling.
- Kos: Percuma; pelan Pro dari $5/bulan.
- Link: https://prezi.com/
7. Emaze
- Fungsi: AI bantu reka pembentangan dengan elemen multimedia dan templat moden.
- Kos: Percuma; pelan Pro dari $9/bulan.
- Link: https://www.emaze.com/
Baca juga: Tips Beli Kalkulator Untuk Anak Sekolah, Salah Satu Model CASIO Ini Paling Bagus Tunjuk Jalan Kira!
Baca juga: 51 Alasan Papa Mama Boleh Bagi Bila Anak Tak Hadir Sekolah, Mudah Guru Nak Isi Dalam Sistem!
8. Slidebean
- Fungsi: Reka bentuk automatik berdasarkan kandungan anda; sesuai untuk startup & bisnes.
- Kos: Percuma (terhad); pelan Pro dari $8/bulan.
- Link: https://slidebean.com/
9. Zoho Show
- Fungsi: Kolaborasi pasukan & reka bentuk automatik menggunakan AI dalam pembentangan.
- Kos: Percuma; pelan Pro dari $5/pengguna/bulan.
- Link: https://www.zoho.com/show/
10. PowerMode
- Fungsi: Masukkan tajuk atau topik, AI jana slide dek dengan gaya profesional.
- Kos: Percuma.
- Link: https://powermodeai.com
11. Dectopus
- Fungsi: AI bantu buat pembentangan, boleh eksport ke PowerPoint atau PDF, banyak templat.
- Kos: Percuma (100 kredit AI); pelan Pro dari $4.99/bulan.
- Link: https://www.dectopus.com/
12. Beautiful.ai
- Fungsi: Reka bentuk slide automatik, animasi auto, dan analitik penonton.
- Kos: Pro $12/pengguna/bulan; Team $40/pengguna/bulan.
- Link: https://www.beautiful.ai/
13. Presenti
- Fungsi: Tukar fail Word, PDF, Markdown jadi pembentangan AI; eksport ke PPT/PDF.
- Kos: Dari $6/bulan; pelan seumur hidup $98.
- Link: https://presenti.ai/
14. Presentory (oleh Wondershare)
- Fungsi: AI hasilkan pembentangan automatik; boleh eksport ke PDF & PowerPoint.
- Kos: Bulanan $9; tahunan $84.
- Link: https://presentory.wondershare.com/
Baca juga: Kad Touch ‘n Go Hilang Atau Tamat Tempoh? Ini Cara Mudah ‘Refund’ Baki Wang!
Sumber: Wan Muhd Ali
FT Image: Tirachardz

