Euforia Bola 2026
Famili

Pelakon Afifah Nasir Selamat Melahirkan Anak Sulung, Nama Syed Armand Mateen Jadi Pilihan

AFIFAH NASIR

Pelakon Afifah Nasir, kini menempuh fasa baharu dalam kehidupannya apabila selamat melahirkan anak sulung hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta, Syed Hariz Syed Azmi.

Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Afifah menerusi satu hantaran menyentuh hati di laman Instagram, yang turut disertakan dengan sekeping gambar penuh emosi memaparkan dia sedang memangku bayi lelaki mereka, sambil ditemani suami tersayang.

Baca juga: Isteri Enggan Layan & Tak Tunaikan Nafkah Batin, Masih Layak Terima Nafkah Daripada Suami Ke?

AFIFAH NASIR SELAMAT BERSALIN, TIMANG CAHAYA MATA LELAKI SULUNG

AFIFAH NASIR

“Alhamdulillah, anugerah kecil kami, Syed Armand Mateen, akhirnya selamat menjengah dunia.” tulis Afifah ringkas namun penuh makna dalam kapsyen yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Meskipun tidak mendedahkan secara terperinci mengenai tarikh atau lokasi kelahiran, ramai pengikutnya menzahirkan ucapan tahniah dan doa agar ibu dan anak berada dalam keadaan sihat dan dipermudahkan segala urusan selepas bersalin.

Kegembiraan atas kehadiran ahli baharu dalam keluarga turut dirasai oleh kakak Afifah yang juga pelakon terkenal, Anzalna Nasir.

Dalam perkongsiannya di media sosial, Anzalna meluahkan rasa syukur dan keterujaan menerima anak saudara lelaki pertamanya.

AFIFAH NASIR

“Akhirnya dapat anak buah lelaki. Masya-ALLAH super handsome. Syukur Alhamdulillah. Setiap hari melawat dia sampai takut Armand bosan tengok muka I ni,” tulisnya dalam nada bergurau.

Untuk rekod, Afifah Nasir dan Syed Hariz telah sah bergelar suami isteri pada 5 Mei tahun lalu. Pasangan ini mengikat tali pertunangan selama tiga bulan sebelum melangsungkan perkahwinan.

Tahniah sekali lagi buat Afifah Nasir dan suami atas kehadiran Syed Armand Mateen. Semoga bayi comel ini membesar dalam limpahan kasih sayang dan rahmat Ilahi.

Baca juga: Restoran Terkenal Di George Town Diarah Tutup, Dapur Penuh Najis Tikus & Lipas, Loya Tekak!

Sumber: Instagram

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×