Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Adat Perkahwinan Melayu Berbeza Dengan Sunnah Islam, Amalkan Yang Betul Baru Bahagia…

adat perkahwinan melayu

Dalam adat perkahwinan Melayu, banyak tatatertib yang perlu diikut agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia. Namun, dalam Islam, perkahwinan berpandukan sunnah Rasulullah SAW lebih dianjurkan.

Jadi, untuk artikel kali ini penulis akan membincangkan perbezaan antara adat perkahwinan Melayu dan sunnah Islam dalam konteks rumah tangga.

Baca juga: Saksi Selisih Ibu Zayn Rayyan 2 Kali Pada Hari Kejadian, Pakaian & Tudung Berubah Selang 20 Minit

ADAT PERKAHWINAN MELAYU VS SUNNAH ISLAM DALAM RUMAH TANGGA

ADAT PERKAHWINAN MELAYU

Adat perkahwinan Melayu: Isteri perlu hidang suami makan, berdiri tunggu suami selesai makan. Suami dah habis makan perlu angkat pinggannya dan cuci. Setelah itu baru isteri boleh makan

Sunnah: Rasulullah mengajak isterinya makan bersama dengan pinggan yang sama dan bekas minuman yang sama. Rasulullah SAW minum air dari tempat minuman yang sama dengan isterinya dan Rasulullah juga menyuap isterinya makan.

Adat: Isteri kena hantar suami sehingga ke muka pintu bila suami hendak keluar berkerja dan perlu menunggu suami di muka pintu sebelum suami tiba di rumah selepas pulang berkerja.

Sunnah: Rasulullah SAW pernah pulang ke rumah ketika Saidatina Aisyah sedang tidur. Rasulullah memasuki ke dalam rumahnya dengan perlahan dan tidur di luar bilik kerana tidak mahu membuatkan isterinya terjaga.

Adat perkahwinan Melayu: Kehormatan seorang suami itu sangat tinggi daripada seorang isteri dan perlu taat walaupun keperibadiannya tidak elok.

Sunnah: Rasulullah SAW adalah pemimpin tertinggi dalam umat Islam, namun begitu ketika di rumah, baginda sangat bertolak ansur, berlembut dengan isterinya dan tak pernah meninggikan suara dengan isterinya. Rasulullah pernah bersabda:

“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterina dan aku baik terhadap isteriku.”

Adat perkahwinan Melayu: Bila suami pulang dari kerja, makanan mesti sudah siap dimasak dan terhidang.

Sunnah: Rasulullah ketika pulang ke rumahnya mendapati Saidatina Aisyah belum menyiapkan makanan, lalu Rasulullah memilih untuk berpuasa pada hari itu.

Adat: Kerja rumah adalah tugas isteri semata dan suami hanya perlu mencari rezeki sahaja.

Sunnah: Rasulullah sangat suka membantu isterinya di rumah sekiranya Rasulullah telah selesai tugasnya di luar.

Adat perkahwinan Melayu: Isteri perlu menyiapkan pakaian suami, merapikan, membersikan, melipat dan menggantung pakaian suami.

Sunnah: Rasulullah menampal sendiri pakaiannya yang koyak tanpa meminta isteri melakukannya.

Jadi, ada baiknya jika adat perkahwinan Melayu digantikan dengan sunnah seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Baca juga: Bekas Guru Tak Setuju Waktu Persekolahan Bulan Puasa Seperti Biasa, “Lembik Anak-Anak Bila Balik”

Sumber: Fahada

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×