Euforia Bola 2026
Inspirasi

Adam Corrie Kumpul Bekalan Akhirat, Sudah Bantu Lebih 30 Orang Peluk Islam -“Alhamdulillah Allah Beri Peluang”

adam corrie

Pelakon dan aktivis dakwah, Adam Corrie Lee Abdullah mengakui dirinya kini lebih banyak memberi tumpuan kepada persiapan menuju kehidupan akhirat seiring pertambahan usia.

Menurut Adam, antara perkara yang paling bermakna dalam hidupnya adalah peluang membantu saudara baharu mengenali Islam.

Baca juga: “Tak Ada Orang Masuk Syurga Seorang Diri” – Ustaz Ahmad Dusuki Jelaskan Hikmah Hidup Berkeluarga

ADAM CORRIE BANTU LEBIH 30 ORANG PELUK ISLAM

ADAM CORRIE

Sepanjang 19 tahun bergelar Muslim, dia mendedahkan telah membantu lebih 30 individu mengucap dua kalimah syahadah.

“Alhamdulillah selama 19 tahun saya masuk Islam, 30 lebih orang saya dah Islamkan. Itulah bekalan yang saya ada walaupun belum tentu saya punya. 

“Bila orang kata usia sudah menghampiri ‘bau tanah’, saya lebih banyak memikirkan tentang mencari bekalan untuk akhirat sebab kita tidak tahu apa yang akan kita tinggalkan di dunia ini untuk anak dan isteri. Tetapi, walaupun rasa sudah ada bekalan, belum tentu menjadi milik kita kerana semuanya tetap bergantung kepada Allah.

“Allah sudah beri peluang, tetapi kita masih perlu berusaha melakukan yang terbaik dan sentiasa mendoakan kebaikan untuk semua orang,” jelasnya.

Dalam pada itu, Adam menegaskan bahawa kejayaan seseorang memeluk Islam bukanlah sesuatu yang wajar dijadikan kebanggaan diri kerana hidayah datang sepenuhnya daripada Allah SWT.

Adam berkata, seseorang yang membantu proses pengislaman individu lain tidak seharusnya merasakan dirinya lebih baik berbanding orang lain kerana segala ketentuan tersebut berlaku atas izin-Nya.

“Saya pernah berkongsi perkara ini, tetapi mungkin ada yang terlepas baca atau tidak perasan. Apabila kita membantu seseorang memeluk Islam, kita tidak boleh terlalu berbangga atau menunjuk kepada orang lain.

“Kita tidak boleh rasa lebih baik daripada orang lain kerana perkara itu bukan datang daripada diri kita. Semuanya adalah ketentuan Allah,” katanya.

adam corrie

Anggap dakwah sebagai amanah

Pada masa sama, pelakon yang pernah mencipta nama menerusi filem KL Gangster itu menyifatkan usaha mendampingi golongan mualaf sebagai satu amanah yang perlu dilaksanakan oleh setiap Muslim mengikut kemampuan masing-masing.

Katanya, pertemuan antara dirinya dan individu yang ingin mengenali Islam juga berlaku atas aturan Allah SWT, manakala tugasnya hanyalah membantu serta membimbing mereka memahami agama dengan lebih dekat.

Adam memeluk Islam pada 13 Julai 2007 ketika berusia 39 tahun selepas melalui pengalaman yang disifatkannya sebagai petunjuk daripada Allah SWT, sekali gus menjadi titik permulaan kepada perjalanan hidup baharunya sebagai seorang Muslim.

Baca juga: “Jangan Tunggu Tua, Jangan Tunggu Sakit”– Ustaz Wadi Annuar Kongsi Doa Elak Gangguan Syaitan Saat Sakaratul Maut

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×