Selebriti dalam kalangan muslimah yang memilih untuk buka tudung, seringkali mencetuskan reaksi panas dalam kalangan masyarakat kerana ia merupakan tindakan yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Terbaru, Putri Dahlia, anak kepada penyanyi popular Nora Ariffin, mencuri perhatian ramai apabila hadir ke Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) dengan imej tidak lagi bertudung.
Baca juga: Pengebumian Jenazah Muslim Dibantu Saudara Bukan Islam, Apa Ia Dibolehkan? Ini Jawapan Mufti!
ADAKAH BUKA TUDUNG RASA DEKAT DENGAN ALLAH?

Gambar Puteri Dahlia
Ketika ditemubual media, Dahlia yang kini berusia 21 tahun, menjelaskan bahawa keputusan menanggalkan hijab dibuat atas kesedaran dirinya sendiri. Selepas lebih 15 tahun berhijab sejak kecil, beliau merasakan perlunya sebuah permulaan baharu dalam perjalanan mendalami agama.
“Saya dulu bila mula pakai tudung sebagainya pada usia 6 tahun. Saya tidak dapat lagi belajar agama saya sendiri. Saya macam pakai tapi tak tahu.
“Jadi, sekarang ini saya nak start fresh nak belajar sendiri dan cari jalan saya sendiri dalam agama. Saya sekarang lagi rapat dengan Allah SWT walaupun saya buka (tudung) sebab saya memang nak cari jalan sendiri,” ujarnya.
Ekoran jawapannya itu, Dahlia telah menerima kritikan pedas kerana dianggap bertentangan dengan kewajipan menutup aurat.
Baca juga: Isteri Tak Teman Suami Makan, Dosa Ke? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus
Kemudian, isu ini telah mendapat perhatian penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus apabila ditanya oleh mereka yang hadir di ceramah agamanya.
“Apakah hukum orang yang berkata, bila saya buka tudung saya rasa dekat dengan Allah?. Ada seorang hamba Allah sebut begitu, apakah hukumnya ustaz?”
Menjawab persoalan tersebut, Ustaz Azhar Idrus menegaskan seseorang itu menjadi dekat dengan Allah apabila taat kepada perintah-Nya, bukan dengan melakukan maksiat. Allah telah mewajibkan wanita beriman menutup aurat dengan memakai jilbab.
Oleh itu, dakwaan bahawa buka tudung boleh mendekatkan diri kepada Allah adalah salah, kerana ketaatan ialah dengan menutup aurat, manakala membuka tudung bermakna menderhakai perintah Allah dan menjauhkan diri daripada-Nya.
“Ini orang jahil kerana kita dekat dengan Allah dengan taat perintah Allah. Kita jauh daripada Allah dengan tidak taat pada perintah Allah.
“Jadi siapa yang berasa dekat dengan Allah, maka Allah jadikan orang itu taat pada perintah-Nya. Dan tidak boleh orang yang derhaka, makin dekat pada Allah.
“Allah suruh hendaklah mereka (wanita) pakai jilbab pakai tudung. Tapi hamba ini pula, buang jilbab atau tudung jadi dekat dengan Allah, itu salah.
“Orang yang pakai tudung lebih dekat pada Allah, orang yang buang tudung makin jauh daripada Allah. Kerana pakai tudung itu perintah dan taat kepada Allah SWT, buang tudung dedah aurat adalah tanda dia derhaka kepada Allah iaitu tidak takut masuk neraka di Hari Akhirat nanti,” jelas Ustaz Azhar Idrus panjang lebar.
Baca juga: “Tak Salah Mereka Turut Serta,” Penjelasan Mufti Tentang Hukum Wanita Sertai Misi Flotila G4z4
Sumber: YouTube Ustaz Azhar Idrus Official / MStar
