Menziarahi sahabat, saudara-mara, dan jiran merupakan amalan mulia yang dapat mengeratkan silaturahim. Namun, dalam Islam, ada adab ziarah orang yang perlu ditetapkan.
Terdapat waktu-waktu tertentu yang tidak sesuai untuk berkunjung ke rumah orang lain kerana boleh mengganggu keselesaan dan privasi tuan rumah.
Baca juga: PU Riz Tegur Trend Minta Maaf Guna Audio “Aku Berlutut? Tidak Akan!”, Nak Bergurau Ada Masanya
ADAB ZIARAH ORANG, INI 3 WAKTU DILARANG

Tiga waktu yang dilarang untuk menziarahi orang adalah seperti berikut:
1. Sebelum Solat Subuh
Pada waktu ini, kebanyakan orang masih tidur dan belum bersiap sedia untuk menerima tetamu kerana berpakaian baju tidur. Oleh itu, menziarahi orang sebelum waktu subuh boleh dianggap sebagai satu bentuk gangguan.
2. Ketika tuan rumah membuka pakaian kerana panas
Adab ziarah orang yang selanjutnya adalah ketika tuan rumah sedang berehat dan mungkin membuka pakaian untuk lebih selesa di rumah.
Waktu ini biasanya ketika tengah hari atau selepas Zuhur di mana tuan rumah mungkin berada dalam pakaian yang lebih santai atau kurang sopan untuk menerima tetamu.
Oleh sebab itu, waktu ini tidak sesuai untuk menziarahi seseorang kerana boleh mengganggu waktu rehat mereka.
3. Selepas Sembahyang Isyak
Akhir sekali, adab ziarah orang yang anda perlu ketahui adalah tidak boleh melawat pada waktu selepas Isyak kerana biasanya itu adalah waktu rehat dan persediaan untuk tidur.
Kebanyakan orang ingin menghabiskan masa bersama keluarga atau berehat setelah seharian penat membuat aktiviti. Jika ada kunjungan pada waktu ini, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada tuan rumah.
Dalam Islam, antara adab perlu diambil berat adalah:
- Memastikan waktu yang sesuai sebelum berkunjung
- Memberitahu terlebih dahulu sebelum datang supaya tuan rumah boleh bersedia
- Tidak terlalu lama sehingga mengganggu urusan atau waktu rehat tuan rumah
- Menghormati batasan privasi tuan rumah dan tidak memasuki kawasan yang tidak sepatutnya
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Opss…Lelaki Tunjuk 5 Tanda Ini Mungkin Pernah Bersetubuh, Hati-Hati Wahai Si Gadis!
Sumber: TikTok Pasar Payang
