Seorang budak lelaki berusia 11 tahun tular di media sosial apabila dia mempunyai kemahiran luar biasa untuk ikat rambut adik perempuannya. Menariknya, dalam masa setahun, kanak-kanak lelaki itu sudah mencipta lebih 300 gaya unik menggunakan rambut adiknya itu.
ABANG USIA 11 TAHUN IKAT RAMBUT ADIK, DAH ADA 300 GAYA SETAHUN

Video yang dimuat naik si ibu di media sosial pastinya dibanjiri pelbagai reakasi daripada warganet yang rata-rata memuji tahap kreativiti si abang.
Sebelum setiap sesi mengikat rambut, budak lelaki itu biasanya akan menyembur sedikit air pada rambut adiknya menggunakan botol semburan kecil, bagi memastikan rambut lebih mudah untuk dianyam.
Semasa proses mengikat rambut, dia kadang-kadang menggigit sikat dengan mulutnya dan bukannya meletakkannya di atas meja, mengingatkan orang kepada seorang pendandan rambut profesional, seperti yang ditunjukkan dalam video tular tersebut.
Di hadapannya terdapat sebuah kotak yang dipenuhi dengan gelang getah dan pengikat rambut berwarna-warni.
Sementara abangnya tekun menjalankan tugas ikat rambut, si adik dilihat memegang botol susu, kelihatan benar-benar menikmati ‘perkhidmatan’ yang diberikan.

Sebaik sahaja dia menyiapkan ikatan rambut, si abang akan mencium pipi adiknya dan mereka kelihatan sungguh gembira. Kebanyakan gaya rambut yang dihasilkan menampilkan corak yang comel seperti rama-rama, tanduk lembu dan bentuk hati.
Dalam satu rekaan, abangnya membahagikan rambut si adik kepada lapan bahagian dengan teliti untuk membentuk rupa kompas. Dalam satu lagi gaya, dia membentuk beberapa bahagian rambut di atas kepala adiknya menjadi seperti mahkota.
“Anak lelaki saya memang berbakat dalam DIY. Dia boleh menyiapkan satu gaya dalam masa kurang 20 minit. Saya percaya kerana dia berlatih setiap hari, secara semula jadi dia akan mendapat idea gaya rambut yang baru. Ada yang diilhamkan oleh video atau gambar, tetapi banyak juga dia ciptakan sendiri sahaja,” jelas si ibu.
Bakat luar biasa si abang ikat rambut adik pastinya memikat hati warga media sosial di China, dengan rata-rata videonya mengumpul lebih 15 juta tontonan.
Baca juga: Ibu Berang Anak Perempuan Dah Setahun Jadi Mangsa Buli Murid Lelaki, Siap Tendang & Hantuk Kepala!
Sumber: SCMP
