Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Silap Lafaz, Menyesal Seumur Hidup! Ini 6 Jenis Cerai Yang Tak Boleh Dirujuk Semula

jenis cerai

Dalam rumah tangga, perceraian bukan semuanya memberi peluang untuk pasangan kembali bersama. Ada beberapa jenis cerai yang menyebabkan suami tidak boleh merujuk isteri semula, walaupun masih dalam tempoh iddah.

Baca juga: “Baju Kusut & Tak Berserika…” – Perkongsian Seorang Guru Tentang Murid Ini Buat Ramai Sebak

6 JENIS CERAI YANG TAK BOLEH DIRUJUK

jenis cerai

Foto: Gemini AI

Menurut hukum syarak, hak rujuk hanya berlaku bagi talak raj‘i, iaitu talak pertama atau kedua yang dilafazkan oleh suami dan masih dalam tempoh iddah.

Namun, terdapat beberapa bentuk perceraian yang menyebabkan hubungan perkahwinan terputus dan suami tidak mempunyai hak untuk rujuk.

1. Fasakh

Fasakh ialah pembubaran perkahwinan melalui keputusan Mahkamah Syariah atas sebab-sebab tertentu, seperti penganiayaan, kegagalan memberi nafkah atau masalah lain yang diiktiraf syarak.

Selepas fasakh diputuskan, suami tidak boleh merujuk isteri ketika tempoh idah kerana perceraian tersebut berlaku melalui keputusan mahkamah, bukan melalui lafaz talak yang membolehkan rujuk.

2. Cerai Talak Tiga

Perceraian dengan talak tiga merupakan antara bentuk cerai yang tidak membenarkan suami kembali kepada bekas isteri.

Walaupun bekas isteri masih dalam tempoh idah, suami tetap tidak boleh melakukan rujuk kerana talak tersebut telah memutuskan hubungan perkahwinan secara bain kubra.

3. Cerai Hakam

Cerai hakam berlaku apabila konflik rumah tangga dibawa ke Mahkamah Syariah dan pasangan dilantik wakil pendamai atau Hakam untuk menyelesaikan pertikaian.

Jika Hakam memutuskan perceraian, suami tidak mempunyai hak untuk merujuk semula isterinya selepas perceraian tersebut.

4. Cerai Tebus Talak (Khuluk)

Cerai tebus talak berlaku apabila isteri meminta perceraian dengan memberikan pampasan tertentu kepada suami sebagai balasan untuk melepaskan dirinya daripada ikatan perkahwinan.

Selepas perceraian ini berlaku, suami tidak boleh rujuk isteri semasa tempoh idah.

5. Cerai Taklik

Cerai taklik berlaku apabila suami melanggar syarat taklik yang dilafazkan selepas akad nikah dan perkara tersebut disahkan oleh Mahkamah Syariah.

Apabila perceraian melalui taklik berlaku, suami tidak boleh merujuk bekas isterinya kerana ia bukan talak raj‘i.

6. Cerai Li’an

Li’an berlaku apabila suami menuduh isterinya melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi dan kedua-dua pihak melakukan sumpah li’an di hadapan hakim.

Selepas berlakunya li’an, pasangan tersebut tidak boleh rujuk atau berkahwin semula antara satu sama lain buat selama-lamanya menurut hukum syarak.

Bukan Semua Kes Cerai Boleh Rujuk Semula

jenis cerai

Foto: Magnific

Ramai yang masih keliru dan menganggap setiap perceraian memberi peluang untuk pasangan kembali bersatu ketika tempoh iddah. Namun, hak rujuk hanya terpakai bagi jenis perceraian tertentu sahaja, khususnya talak raj‘i iaitu talak pertama atau kedua.

Oleh itu, pasangan yang berdepan masalah rumah tangga disarankan mendapatkan penjelasan daripada pihak berautoriti seperti Mahkamah Syariah atau pegawai agama supaya memahami hak, tanggungjawab dan implikasi sesuatu perceraian sebelum membuat keputusan.

Baca juga: Isteri Dakwa Baru Tahu Suami Dilahirkan Sebagai Perempuan! Ini Penjelasan Peguam Tentang ‘Faraq Nikah’

Sumber: Facebook Peguam Syarie Izzat Rahim dan Khidmat Guaman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×