Euforia Bola 2026
Cantik

5 Produk Skincare Pilihan Wanita Malaysia Di Threads, Ramai Setuju Menjadi!

Berbeza dengan platform media sosial lain yang sarat dengan iklan berbayar, perkongsian di Threads kebanyakannya ulasan jujur daripada golongan wanita, suri rumah, dan ibu-ibu yang berkongsi pengalaman sebenar mereka mencuba pelbagai produk.

Jika diperhatikan, terdapat satu rutin penjagaan wajah yang kerap mendapat perhatian dan menjadi tular kerana keberkesanannya terhadap kulit wanita Malaysia. Masalah seperti kulit kusam, jeragat mahupun liang pori tersumbat semuanya dibahas secara telus oleh komuniti di sana.

Berikut langkah demi langkah rutin skincare di Threads yang sangat praktikal, ringkas dan berbaloi untuk dicuba oleh golongan ibu.

Baca juga: Ibu Bapa Terlalu Penat? Cuba 5 ‘Permainan Malas’ Ini Bersama Anak

LANGKAH 1: DOUBLE CLEANSE

Pilihan Warga Threads: Hada Labo Hydrating Cleansing Oil + Pencuci Muka

Hada Labo Hydrating Cleansing Oil

Ramai wanita di Threads mula menyedari mencuci muka dengan pencuci muka sahaja sebenarnya tidak mencukupi untuk menanggalkan krim pelindung matahari atau bedak asas secara total. Jika dibiarkan, sisa kotoran akan tersumbat dalam liang pori dan mula mendatangkan masalah jerawat pasir serta bintik hitam. Disebabkan itulah langkah Double Cleansing amat disarankan.

Urut lembut Hada Labo Hydrating Cleansing Oil pada permukaan muka yang kering. Minyak zaitun tulen di dalamnya akan mencairkan sebum, mekap dan sisa sunscreen. Ramai wanita di Threads berkongsi kesan positif di mana blackheads dapat dikeluarkan dengan mudah semasa proses urutan wajah.

Kemudian, bilas muka dengan air untuk proses emulsi, seterusnya cuci sekali lagi menggunakan mana-mana jenama pencuci muka kegemaran anda untuk membersihkan baki minyak. Langkah ini memastikan kulit benar-benar bersih dan bebas daripada risiko pori tersumbat.

LANGKAH 2: MENGHIDRAT

Pilihan Warga Threads: Hada Labo Premium Hydrating Lotion

Hada Labo Premium Hydrating Lotion

Setelah wajah dibersihkan sepenuhnya, langkah seterusnya adalah mengembalikan kelembapan optimum. Jika anda meneliti hantaran di Threads yang mengadu tentang masalah lapisan perlindungan kulit rosak, kulit mengelupas atau wajah kusam akibat keletihan, produk ini pasti akan dicadangkan di ruangan komen.

Teksturnya sedikit pekat seperti esens tetapi cepat meresap ke dalam kulit. Bagi golongan ibu yang banyak meluangkan masa dalam bilik berpendingin hawa atau kerap terdedah pada haba di dapur, produk ini bertindak sebagai agen pengunci hidrasi agar wajah tidak kelihatan kering dan layu. Hanya beberapa titis sudah mencukupi untuk seluruh wajah.

LANGKAH 3: RAWAT

Pilihan Warga Threads: Eucerin Serum Siri Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D / Spotless Brightening

Eucerin Serum Siri Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D / Spotless Brightening

Ini antara gabungan produk yang paling popular dan dipersetujui ramai wanita di Threads. Untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan kulit anda, pengguna Threads mencadangkan agar lotion Hada Labo dalam Langkah 2 tadi digabungkan bersama Eucerin Serum.

Apabila kulit telah mendapat hidrasi mencukupi daripada Hada Labo, lapisan kulit lebih bersedia untuk menyerap bahan aktif dengan lebih efisien. Hasilnya, serum Eucerin yang terkenal dengan bahan aktif Thiamidol ini dapat bertindak dua kali ganda lebih efektif bagi memudarkan parut jerawat serta mengatasi masalah utama wanita apabila meningkat usia iaitu jeragat.

Rata-rata pengguna mengakui tona kulit mereka kelihatan lebih sekata dan glowing dalam tempoh yang singkat.

LANGKAH 4: KUNCI KELEMBAPAN

Pilihan Warga Threads: Skintific 5X Ceramide Barrier Moisture Gel

Skintific 5X Ceramide Barrier Moisture Gel

Selepas mengaplikasikan serum, penting untuk mengunci segala kebaikan nutrisi tersebut menggunakan pelembap. Pelembap daripada Skintific ini sering menjadi topik hangat di Threads apabila menyentuh bab menjaga dan membaiki skin barrier yang rosak atau sensitif.

Pelembap ini menjadi pilihan ramai wanita kerana teksturnya yang berasaskan gel-krim. Ia memberikan kesan sejuk sebaik sahaja disapu pada kulit dan tidak meninggalkan rasa melekit atau berminyak, sesuai dengan cuaca Malaysia yang panas.

Mengandungi 5 jenis Ceramide dan Centella Asiatica, ia membantu menenangkan kulit wajah yang mudah merengsa, kemerahan atau pedih selepas terdedah kepada cuaca terik.

LANGKAH 5: MELINDUNGI

Pilihan Warga Threads: Skin1004 Madagascar Centella Tone Brightening Tone-Up Sunscreen

Skin1004 Madagascar Centella Tone Brightening Tone-Up Sunscreen

Langkah terakhir sebelum memulakan aktiviti harian ialah memakaian pelindung matahari. Bagi anda yang mempunyai masa yang terhad untuk bersiap pada waktu pagi, Skin1004 Tone Up Sunscreen merupakan penyelamat masa yang bertindak sebagai produk 2-dalam-1.

Selain melindungi kulit daripada penuaan pramatang dan jeragat akibat sinaran UV dengan SPF50+ PA++++, ia juga memberikan kesan mencerahkan secara semula jadi.

Sekali sapuan sudah memadai untuk membuatkan wajah lesu kelihatan segar, cerah dan bermaya tanpa meninggalkan kesan kelabu. Anda tidak perlu lagi meluangkan masa yang lama untuk memakai bedak asas sekiranya ingin keluar untuk urusan ringkas atau menghantar anak ke sekolah.

Antara 5 produk penangan Threads yang dibincangkan di atas, produk mana yang anda sudah cuba dan terbukti serasi dengan kulit? Atau anda mempunyai produk rahsia lain yang dibeli hasil daripada ulasan jujur di Threads? Jom kongsikan pandangan anda di ruangan komen!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×