Euforia Bola 2026
Suami Isteri

‘Gadis Api Misteri’ Pilih Lelaki Usia 82 Tahun Sebagai Teman Hidup, “Orang Gelar Kami Datuk & Cucu”

GADIS API MISTERI

Gadis api misteri menjadi perhatian seluruh negara selepas dia sah bergelar isteri kepada seorang pengamal perubatan Islam yang berusia 54 tahun lebih tua daripadanya.

Meskipun menerima pelbagai pandangan daripada masyarakat, wanita itu mengakui dia kini menjalani kehidupan yang lebih tenang dan bahagia bersama suaminya.

Baca juga: Dakwa Anak Disihir Kerana Cemerlang Di Sekolah, Ibu Syak Mak Rakan Sekelas Sendiri Yang ‘Hantar’

GADIS API MISTERI KAHWIN LELAKI USIA 82 TAHUN

GADIS API MISTERI

“Beza umur 54 tahun, orang gelar kami datuk dan cucu,” katanya.

Wanita berusia 28 tahun itu bergelar isteri kepada pengamal perubatan Islam, Mokhtar Mohamed, 82, selepas mereka mendirikan rumah tangga pada 24 Jun lalu. Pasangan itu difahamkan mula saling mengenali kira-kira dua tahun lalu.

Menurut Wan Nor Fatihah, perkenalan mereka bermula ketika dia mendapatkan ikhtiar rawatan susulan kejadian misteri yang dikatakan masih berlaku walaupun keluarganya telah berpindah dari Melor ke Penambang.

Katanya, pada awalnya keputusan untuk berkahwin dengan lelaki berstatus duda itu tidak dipersetujui oleh nenek serta beberapa ahli keluarga.

Namun, selepas mempertimbangkan pelbagai perkara, dia percaya suaminya merupakan individu yang benar-benar memahami keadaan yang dihadapinya selain banyak membantunya sepanjang proses rawatan.

Wan Nor Fatihah turut memaklumkan bahawa dia pernah berkahwin sebelum ini dengan seorang lelaki berusia lingkungan 40-an, namun rumah tangga tersebut hanya bertahan kira-kira setahun.

Akui kehidupan kini lebih tenang

GADIS API MISTERI

Kini menetap bersama suami di Kampung Chat, Bachok, Wan Nor Fatihah berkata kehidupannya semakin baik berbanding sebelum ini.

Menurutnya, suaminya mempunyai tujuh orang anak yang berusia antara 42 hingga 61 tahun. Mengulas mengenai kritikan orang ramai terhadap perbezaan usia mereka, Wan Nor Fatihah mengakui perkara itu tidak memberi kesan kepada kebahagiaan rumah tangga yang dibina.

Katanya, dia sebelum ini pernah berdepan pelbagai tanggapan negatif termasuk dianggap mengalami masalah mental susulan kejadian api misteri yang pernah menggemparkan keluarganya.

Dia bersyukur kerana kini dapat meneruskan kehidupan dengan lebih tenang di samping insan yang dianggap memahami dirinya.

Baca juga: “Geng Arab Tolak Stroller Tangkap Tak?”-DBKL Buat Operasi Banteras Pengemis Di Ibu Kota, Warganet Komen Puas!

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×