Euforia Bola 2026
Dapur

Jangan Buang Nasi Lebih, Wanita Kongsi Cara Buat Keropok Lekor Homemade Guna Bahan Ini Saja

KEROPOK LEKOR NASI

Menerusi satu perkongsian di media sosial, seorang wanita berkongsi cara mudah menghasilkan keropok lekor nasi homemade menggunakan lebihan nasi bersama beberapa bahan dapur yang mudah didapati.

Resipi ini sesuai dijadikan snek minum petang atau hidangan untuk seisi keluarga. Teksturnya juga lebih kenyal jika menggunakan tepung sagu berbanding tepung ubi.

Baca juga: Demi Kerjaya & Masa Bersama Anak, Shila Amzah Bakal Berhijrah Ke China Tahun Hadapan

CARA BUAT KEROPOK LEKOR NASI, GUNA LEBIHAN YANG ADA

KEROPOK LEKOR NASI

Bahan-bahan:

  • Lebihan nasi
  • Bawang putih
  • Ikan bilis
  • Lada hitam
  • Garam
  • Serbuk perasa (mengikut cita rasa)
  • Sedikit lada putih (pilihan)
  • Sedikit air
  • Tepung ubi secukupnya untuk menguli

Tips: Jika mahukan tekstur yang lebih kenyal dan sedap, boleh gantikan tepung ubi dengan tepung sagu.

Cara penyediaan:

1. Masukkan lebihan nasi, bawang putih, ikan bilis, lada hitam, garam, serbuk perasa dan sedikit lada putih ke dalam pengisar.

2. Tambahkan sedikit air, kemudian kisar sehingga adunan menjadi halus.

3. Pindahkan adunan ke dalam bekas dan masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh diuli.

4. Bentukkan adunan memanjang seperti keropok lekor.

5. Rebus sehingga keropok timbul di permukaan air.

6. Angkat dan toskan.

7. Goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan sebelum dihidangkan.

KEROPOK LEKOR NASI

Keropok lekor ini enak dinikmati ketika masih panas bersama sos cili atau sos pilihan. Selain membantu mengurangkan pembaziran makanan, resipi ini juga merupakan idea kreatif untuk memanfaatkan lebihan nasi menjadi hidangan baharu yang digemari seisi keluarga.

Baca juga: Tengku Natasya & Tengku Arif Bendahara Dikurniakan Puteri, Tengku Nadine Amina Zahra Jadi Tumpuan

Sumber: Threads Ummu Yusuf

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×